MUTIARA KATA

Showing posts with label fasilitator. Show all posts
Showing posts with label fasilitator. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Rehlah di Bagan Lalang bersama Adik2 Tuisyen Rakyat :)

Salam Ramadhan kareem kepada sahabat2 blogger saya, semoga Ramadhan kali ini memberi Rahmat dan Hidayah dari Allah kepada kita semua. Di malam yang mulia ini, ingin saya menunaikan janji saya kepada anda untuk menceritakan aktiviti saya di Bagan lalang bersama adik2 Tuisyen Rakyat Dun Bangi bersama orang2 kuat di sebalik tabir program ini. Saya dijemput untuk menjadi fasilitator untuk program ini. Alhamdulillah saya dapat menunaikannya :).


Peserta yang terlibat adalah pelajar tingkatan 5 dari pelbagai sekolah, seramai 80 0rang peserta, dalam banyak2 program yang saya sertai, program ini mendapat sambutan yang baik daripada pelajar lelaki, mungkin disebabkan faktor tempat kerana program kami di tepi pantai :). Program ini dirasmikan oleh ADUN Bangi YB Dr. Syafie.


Antara Aktiviti yang dilakukan selama satu hari adalah dimulakan dengan Solat Dhuha. Solat Dhuha dilakukan di tepi pantai yang di imamkan oleh suami kak Kinah, melakukan LDK ( haluan peserta selepas tamat tingkatan 5) dan yang terakhir melihat cara peserta berkomunikasi dengan masyarakat ( peserta perlu berjumpa dengan masyarakat sekitar pantai dan di bimbing oleh fasilitator mengikut kumpulan).


Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar, peserta pulang pada jam 3 petang dengan menaiki bas. Program yang sangat seronok, semoga peserta2 dapat mengambil apa yang mereka pelajari sepanjang mereke mengikuti aktiviti di pantai mahupun di tempat Tuisyen Rakyat tersebut. Wassalam.. (^_^)

Thursday, March 3, 2011

CA$HFLOW $$

Salam dan selamat pagi semua!semoga kalian sihat sejahtera dan di bawah lindungan-Nya :). Hari ini saya ingin menceritakan tentang aktiviti saya pada hujung minggu lepas. Saya dan sahabat2 saya dijemput untuk menjadi fasi untuk program Cashflow Game pada Ahad 27/2/2011 bertempat di Dewan Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Antara peserta yang terlibat adalah alumni pelajar dari luar negara. Pesertanya bukan remaja tapi dari kalangan aunty2 dan 24 tahun ke atas :).
Hari sebelumnya kami diberi taklimat, melihat dan menyertai adik2 bermain game ni. Game sangat mencabar bagi pesrta yang baru sebab banyak step yang perlu faham. Game ni lebih kurang belanjawan kita dalam kehidupan ada kredit dan ade debitnya. Mula2 bermain dengan budak2 yang daha expert memang pening, mereka terlalu laju, dengan cepatnya mereka boleh melihat benda ape yang boleh beli yang boleh memberi keuntungan kepada mereka, pengiraan mereka juga cekap..hehe.
Perjalanan game ni adalah yang pertama pesrta diminta untuk memilih jawatan yang mereka inginkan, tulis di atas kertas yang disediakan aset dan lialibility yang tertulis pada kad jawatan mereka, mereka diminta untuk meletakkan cheese kat petak impian mereka dan mereka hendaklah bermain sehingga keluar dari kepompong hutang la..huhu. Bak kata orang kuat program Cashflow ini " biar duit bekerja untuk kita, bukan kita bekerja untuk duit" :).

Pada hari kejadian, kami para fasi dimminta untuk menjadi banker kepada peserta2 program. pada hari kejadian tu game cashflow menjadi seronok sebab dah faham cara nak main dan dah pandai nak terangkan kepada peserta step2 permainan..hehe. Untuk master cashflow game ni kena main selalu :). Natijah untuk program ni, kita dapat memahirkan diri dalam subjek matematik dan akaun..hehe. kita akan lebih mahir dalam pengiraan :). dan yang terakhir munkin kita dapat manage kewangan kita apabila kita bermain game ni :)
Sebelum penutup, thank to Kak Nora, Kak Saba dan Kak Sawiah kerana mempercayai kami untuk jadi banker..hehe, thanks Salwa sebab menawarkan kami tuk sertai programni dan thanks kepada muna (sahabat banker..hehe), Naz, Eda dan Izyan :). Thanks jugak kat adik Ain sebab tolong kami explain kat peserta..hehe.

Wednesday, January 26, 2011

Program Sehari Bersama Anak Yatim Darul Aminan, Ampangan

Tuan Haji Kamalul Arifin
Assalamualaikum dan salam ceria kepada sahabat-sahabat blogger, semoga ceria2 selalu dan dilindungi Allah s.w.t. Hari ini saya nak menulis serba sedikit tentang program yang telah saya sertai pada Ahad yang lepas 23/1/2011. Program "Sehari Bersama Anak Yatim Darul Aminan" anjuran Welfare & Community Service BEDSA.


Sebelum saya menceritakan aktiviti2 yang telah kami lakukan di sana ingin saya ceritakan serba sedikit tentang Darul Aminan. Rumah Anak Yatim Darul Aminan telah ditubuhkan pada 30 Disember 2005, yang diuruskan dan dikendalikan oleh Haji Kamalul Arifin bin Abu Kasim dan Puan Ruzita bt Abd Aziz. Pertubuhan ini juga dikenali sebagai PAYDA (Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan). Untuk mengenali PAYDA dengan lebih mendalam bleh melayari website yang telah saya 'highligt' :).


Menunggu adik2 siap mengaji..hehe
Dah berkenalan dengan Daru Aminan?jom kte masuk aktiviti kami pula :). Kami bertolak dari UIA lebih kurang 8 pagi dan kami tiba di sana lebih kurang 9.30 pagi, alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan lancar dan selamat:). Tiba di sana kami disambut oleh seorang penghuni di sana :). Dalam jadual kami aktiviti akan bermula pada pukul 10 pagi tapi disebabkan mereka tengah mengaji dan akan abis pukul 11,kami terpaksa memulakan aktiviti pada pukul 11 pagi :).



Berkumpul sebelum memulakan aktiviti

Aktiviti kami bermula dengan LDK(Latihan Dalam Kumpulan). Semua peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut warna kertas yang diambil. Setiap kumpulan mempunyai 3 orang fasilitator yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Dalam kumpulan tersebut kami dikehendaki membuat logo, slogan dan nama samaran mengikut tajuk yang telah ditetapkan oleh pihak pengendali :).

Menyiapkan logo atas kertas majong :)

Kumpulan saya dan sahabat2 saya adalah kumpulan merah dengan temanya bunga. Setiap ahli dalam kumpulan itu mesti ada nama samaran, contohnya zaini@bunga kantan, muna@bunga lawang dan aini @ bunga cengkih, Itu nama fasi2 dalam kumpulan Merah :). Kumpulan lain diberikan tema kenderaan, ikan, buah-buahan, warna, jenis2 gunung.

Adik2 membentangkan hasil kerja mereka
Masa diberikan selama 20 minit untuk menyiapkan semua tugasan, setiap peserta hendaklah membentangkan kepada kumpulan2 yang lain:). LDK ini dibuat dengan tema yang berbeza pada setiap kumpulan adalah bertujuan untuk menyedarkan kepada kita bahawa semuanya adalah makhluk Allah di muka bumi ini, selain itu, kita dapat melihat ciptaan manusia yang diberikan oleh Allah kepada manusia.

Menunggu giliran tuk berlari..hehe
Selepas habis LDK, kami gerak ke balai raya bersebelahan surau belakang rumah anak yatim. Antara permainan yang kami main adalah "permainan hijrah" dan " bawa bola pingpong dalam sudu". Fasi2 juga tidak melepaskan peluang menyertai adik2 bermain. Kami berhenti pada pukul 12 lebih untuk makan dan solat sebelum menyambung semula untuk persembahan.

Bergambar sebelum pulang :)

Sebelum memulakan persembahan daripada adik2 rumah anak yatim ini, pihak kami telah menjemput Tuan Haji Kamalul Arifin memberi ucapan penutupan dan kami menyerahkan sumbangan dan cenderamata kami kepada pihak tersebut tanda ingatan. :). Kami bergerak pulang pada jam 3.30 petang. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar walaupun ada kekangan dari segi masa.
Akhir Kalam " Tangan Yang Memberi Lebih Baik Pada Yang Menerima ". Salam Ukhuwah (^_^).

Monday, December 13, 2010

Daurah Remaja

Bersama adik2 dan fasi yang akan menggantikan sy :)

Regangan otot selepas penat duduk :)

Mendengar ceramah sambil menunggu peserta lelaki habis solat Jumaat :)

Sedang membincangkan hal yang serius

Salam ceria kepada sahabat2 blogger :). Semoga kalian sihat sejahtera :). Kali ini saya ingin bercerita tentang aktiviti saya seminggu sebelum saya masuk belajar semula :). Alhamdulillah aktiviti yang saya sertai memberi kesederan, keseronokan dan keakraban dalam berprogram :). Program yang saya sertai ialah program Penghayatan Islam dan Kefahaman Al-Quran, sasaran peserta untuk program ini adalah pelajar 10 tahun hingga 16 tahun, ia dilakukan pada hari bekerja sahaja selama 2minggu :). Saya menjadi fasi untuk adik2 perempuan yang berumur 10 & 11 tahun. Antara pengisian program ini adalah Aqidah, Akhlaq, Feqah, Sirah, Hafazan, Ibadat dan Tajwid. Program ini adalah dibawah Jais. Program ini juga banyk memberi faedah kepada remaja kerana mengisi ruang masa yang telah diisi oleh mereka dengan perkara yang kurang berfaedah. Mudah2an program ini memberi impak yang besar kepada adik2 :).

Sunday, August 8, 2010

Remaja: Kerana Dirimu Begitu Berharga...

Assalamualaikum :). semoga anda ceria2 slalu (^_^). Program "Remaja: Kerana Dirimu Begitu Berharga.." yang dianjurkan oleh SMK Jalan Bukit Kajang & Penggerak Belia Tempatan MPP Zon22 bertempat di SMK Jalan Bukit Kajang. Program yang sangat menarik ini dihadiri oleh pelajar perempuan ting.4&5 selama 2hari 1malam. Antara pengisian selama 2hari ini ialah Kenali Diri, Seindah Mawar Berduri dan Sayangi Diri. Aktiviti yang sempoi dan relaks :). Menariknya program ini, kami telah melakukan Qiamullail di luar surau, udara yang segar dan dingin..menikmati ciptaan Allah s.w.t. 8 orang fasilitator yang terlibat serta k.farah dari IU SMART Consultant selaku penceramah dalam program ini.
Program ini telah menyentuh perasaan saya tapi bukan bermaksud terguris. Adik2 yang telah menyertai program ini adalah insan yang terpilih yang telah dipilih oleh Allah. Mereka diberi motivasi,kesedaran, semangat dan keyakinan terutama bagi pelajar ting. 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM tahun ini :). Antara slot yang menyentuh perasaan ialah Sayangi Diri, mereka diminta untuk meluahkan perasaan di atas kertas. Luahan yang mereka pendam selama ini yang xpernah orang lain ketahui. Alhamdulillah mereka telah meluahkan dan melepaskannye sepenuh hati.okaylah sampai sini dulu..ni antara fasi dan ajk yang terlibat :).terima kasih semua!!nik, k.ida, k.kinah, intan, lina, ustazah, k.farah and the gang, nada, k.long, k.dian, k.muni, k.ayu.
Untuk adik2 akak jadilah mawar yang berduri, realisasikan matlamat yang telah adik2 sematkan.
Maju ke hadapan, yang dulu dijadikan iktibar dan semangat untuk maju ke hadapan!! GOOD LUCK in your SPM - Ain,Zaty, Izzah, Nazwal dan Anisa (^_^).