MUTIARA KATA

Wednesday, January 26, 2011

Program Sehari Bersama Anak Yatim Darul Aminan, Ampangan

Tuan Haji Kamalul Arifin
Assalamualaikum dan salam ceria kepada sahabat-sahabat blogger, semoga ceria2 selalu dan dilindungi Allah s.w.t. Hari ini saya nak menulis serba sedikit tentang program yang telah saya sertai pada Ahad yang lepas 23/1/2011. Program "Sehari Bersama Anak Yatim Darul Aminan" anjuran Welfare & Community Service BEDSA.


Sebelum saya menceritakan aktiviti2 yang telah kami lakukan di sana ingin saya ceritakan serba sedikit tentang Darul Aminan. Rumah Anak Yatim Darul Aminan telah ditubuhkan pada 30 Disember 2005, yang diuruskan dan dikendalikan oleh Haji Kamalul Arifin bin Abu Kasim dan Puan Ruzita bt Abd Aziz. Pertubuhan ini juga dikenali sebagai PAYDA (Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan). Untuk mengenali PAYDA dengan lebih mendalam bleh melayari website yang telah saya 'highligt' :).


Menunggu adik2 siap mengaji..hehe
Dah berkenalan dengan Daru Aminan?jom kte masuk aktiviti kami pula :). Kami bertolak dari UIA lebih kurang 8 pagi dan kami tiba di sana lebih kurang 9.30 pagi, alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan lancar dan selamat:). Tiba di sana kami disambut oleh seorang penghuni di sana :). Dalam jadual kami aktiviti akan bermula pada pukul 10 pagi tapi disebabkan mereka tengah mengaji dan akan abis pukul 11,kami terpaksa memulakan aktiviti pada pukul 11 pagi :).



Berkumpul sebelum memulakan aktiviti

Aktiviti kami bermula dengan LDK(Latihan Dalam Kumpulan). Semua peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut warna kertas yang diambil. Setiap kumpulan mempunyai 3 orang fasilitator yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Dalam kumpulan tersebut kami dikehendaki membuat logo, slogan dan nama samaran mengikut tajuk yang telah ditetapkan oleh pihak pengendali :).

Menyiapkan logo atas kertas majong :)

Kumpulan saya dan sahabat2 saya adalah kumpulan merah dengan temanya bunga. Setiap ahli dalam kumpulan itu mesti ada nama samaran, contohnya zaini@bunga kantan, muna@bunga lawang dan aini @ bunga cengkih, Itu nama fasi2 dalam kumpulan Merah :). Kumpulan lain diberikan tema kenderaan, ikan, buah-buahan, warna, jenis2 gunung.

Adik2 membentangkan hasil kerja mereka
Masa diberikan selama 20 minit untuk menyiapkan semua tugasan, setiap peserta hendaklah membentangkan kepada kumpulan2 yang lain:). LDK ini dibuat dengan tema yang berbeza pada setiap kumpulan adalah bertujuan untuk menyedarkan kepada kita bahawa semuanya adalah makhluk Allah di muka bumi ini, selain itu, kita dapat melihat ciptaan manusia yang diberikan oleh Allah kepada manusia.

Menunggu giliran tuk berlari..hehe
Selepas habis LDK, kami gerak ke balai raya bersebelahan surau belakang rumah anak yatim. Antara permainan yang kami main adalah "permainan hijrah" dan " bawa bola pingpong dalam sudu". Fasi2 juga tidak melepaskan peluang menyertai adik2 bermain. Kami berhenti pada pukul 12 lebih untuk makan dan solat sebelum menyambung semula untuk persembahan.

Bergambar sebelum pulang :)

Sebelum memulakan persembahan daripada adik2 rumah anak yatim ini, pihak kami telah menjemput Tuan Haji Kamalul Arifin memberi ucapan penutupan dan kami menyerahkan sumbangan dan cenderamata kami kepada pihak tersebut tanda ingatan. :). Kami bergerak pulang pada jam 3.30 petang. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar walaupun ada kekangan dari segi masa.
Akhir Kalam " Tangan Yang Memberi Lebih Baik Pada Yang Menerima ". Salam Ukhuwah (^_^).

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011