MUTIARA KATA

Sunday, April 18, 2010

Apabila Kanak-kanak Bermain Bola Jaring Dan Bola Sepak :)

Sukan PASTI kawasan Serdang 17/4/2010
Bertempat Di Padang Awam Cempaka Komplek PKNS, Bandar Baru Bangi





Sukan PASTI menjadi kenangan kepada saya kerana saya dilantik menjadi pengadil untuk bola jaring :). Pengalaman pertama menjadi pengadil memang menyeronokkan tapi untuk jadi pengadil memang kena ADIL kalau tak tak di panggil PENGADIL, betul x?he3. Pada mulanya saya rasa berat untuk memikul tugas ni tapi fikirkan ini pengalaman pertama saya, saya mencuba juga. Sukan ini hanya dua permainan sahaja iaitu bola sepak dan bola jaring. Tadika ini melibatkan keseluruhan tadika kawasan Serdang. Pelbagai ragam dapat dilihat samada daripada ibubapa,guru, jurulatih dan peserta2 yang bermain.

Mereka dilatih dengan bersungguh-sungguh..walaupun matahari telah naik mereka tetap bersemangat. Gelagat mereka mencuit hati, ade sesetengah daripada mereka yang mula keliru apabila gol mereka berubah baik yang bermain bola sepak atau bola jaring. Cikgu mereka mula menjerit sehingga hilang suara memberi arahan dan menyebut nama anak2 buah mereka. Ada sesetengah daripada cikgu yang mula masuk ke dalam gelanggang. Kami sebagai pengadil mula rasa tidak senang..tapi pengadil ada haknya kami menegur tindakannya. Alhamdulillah sepanjang kami menjadi pengadil tiada bantahan atau pertikaian daripada cikgu mahupun ibubapa seperti tahun lepas. Hehehe..tapi seorang jurulatih bola jaring dari Cheras Perdana mempertikaikan cara pengadilan apabila pengadil terlepas pandang. Hurm..kalau nak ikutkan 100% peraturan memang setiap minit perlu ditiupkan wisel kerana banyak kesalahan. Tapi memang mereka berbakat kerana mereka dilatih dengan bersungguh2 :). Tahniah kepada PASTI Al-Huffaz kerana juara bola jaring, bagi bola sepak saya tidak pasti kontijen yang mane..he3. Yang penting tahniah kepada semua. :)

PASTI yang berjaya akan bertanding di peringkat negeri. SELAMAT BERJAYA!! Sukan PASTI kawasan Serdang telah dirasmikan oleh ADUN Bangi iaitu YB. Dr. Syafie.

Friday, April 9, 2010

Halwa Telinga :)