MUTIARA KATA

Thursday, March 3, 2011

CA$HFLOW $$

Salam dan selamat pagi semua!semoga kalian sihat sejahtera dan di bawah lindungan-Nya :). Hari ini saya ingin menceritakan tentang aktiviti saya pada hujung minggu lepas. Saya dan sahabat2 saya dijemput untuk menjadi fasi untuk program Cashflow Game pada Ahad 27/2/2011 bertempat di Dewan Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Antara peserta yang terlibat adalah alumni pelajar dari luar negara. Pesertanya bukan remaja tapi dari kalangan aunty2 dan 24 tahun ke atas :).
Hari sebelumnya kami diberi taklimat, melihat dan menyertai adik2 bermain game ni. Game sangat mencabar bagi pesrta yang baru sebab banyak step yang perlu faham. Game ni lebih kurang belanjawan kita dalam kehidupan ada kredit dan ade debitnya. Mula2 bermain dengan budak2 yang daha expert memang pening, mereka terlalu laju, dengan cepatnya mereka boleh melihat benda ape yang boleh beli yang boleh memberi keuntungan kepada mereka, pengiraan mereka juga cekap..hehe.
Perjalanan game ni adalah yang pertama pesrta diminta untuk memilih jawatan yang mereka inginkan, tulis di atas kertas yang disediakan aset dan lialibility yang tertulis pada kad jawatan mereka, mereka diminta untuk meletakkan cheese kat petak impian mereka dan mereka hendaklah bermain sehingga keluar dari kepompong hutang la..huhu. Bak kata orang kuat program Cashflow ini " biar duit bekerja untuk kita, bukan kita bekerja untuk duit" :).

Pada hari kejadian, kami para fasi dimminta untuk menjadi banker kepada peserta2 program. pada hari kejadian tu game cashflow menjadi seronok sebab dah faham cara nak main dan dah pandai nak terangkan kepada peserta step2 permainan..hehe. Untuk master cashflow game ni kena main selalu :). Natijah untuk program ni, kita dapat memahirkan diri dalam subjek matematik dan akaun..hehe. kita akan lebih mahir dalam pengiraan :). dan yang terakhir munkin kita dapat manage kewangan kita apabila kita bermain game ni :)
Sebelum penutup, thank to Kak Nora, Kak Saba dan Kak Sawiah kerana mempercayai kami untuk jadi banker..hehe, thanks Salwa sebab menawarkan kami tuk sertai programni dan thanks kepada muna (sahabat banker..hehe), Naz, Eda dan Izyan :). Thanks jugak kat adik Ain sebab tolong kami explain kat peserta..hehe.

2 comments:

Radzi said...

salam Cik...

kat mane ade jual erk?

didikilmu said...

kat mne ye...yg sy tau kat tmn melawati :)