MUTIARA KATA

Friday, December 11, 2009

Yang Hidup Pasti Akan Mati

Paksuku:)

Yang Hidup Pasti Akan Mati..di dunia ini adalah pinjaman semata2 yang di amanahkan oleh Allah kepada kita untuk menjaganya sebaik mungkin..7/12/2009 telah pergi seorang insan yang pemurah yang rapat dengan keluarga kami, kami memanggilnya paksu...kematiannya amat mengejutkan keseluruhan ahli keluarga kami, saudara2 kami dan insan yang paling hampir dengannya adalah keluarganya sendiri. Semoga Allah mencucuri rahmatnya dan di tempatkan di kalangan orang2 yang soleh.amiin.

Alhamdulillah..keluarga arwah paksuku dapat menerimanya dengan redha..Allah takkan menguji umatnya jika umatnya tidak dapat menghadapinya.. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. Semoga anak2 paksuku dapat memikul tanggungjawab dengan baik yang ditinggalkan oleh ayah mereka dan menjadi anak yang soleh.


Wednesday, November 25, 2009

NIKMAT ALLAH :)

Monday, November 9, 2009

DPIK '04

video

Pelbagai cerita dan kisah yang xdpt diungkapkan dengan kata2^_^..baik yang lucu, klakar, ketawa, gembira, sayu, sedih, takut, gementar..sume ade B-).

Ape yg berlaku jadikan ia kenangan...

Amik yang jernih buang yang keruh ^_^

KTIM in memory (skrg namenye KUIM)

Tuesday, October 27, 2009

JAGALAH HATI!

Friday, October 23, 2009

Exam Hampir Tiba!!

Peperiksaan semakin hampir..Good Luck untuk sahabat2 yang akan menduduki peperiksaan!. Yang sedang menduduki peperiksaan selamat berjuang!. Yang baru bukak sem baru, selamat menempuhinya:)!. Semuanya exam, baik sebelum, sedang atau selepas tetapi ujian tu xsemuanya sama mesti ade perbezaan. betul x?

"بالتوفيق والنجاح في الامتحان"

Kembali Menaip:)



Bulan ni bulan bz..hehe. exam dh nk dekat, keje pn makin bertambah, exam and kuiz pun banyak. Sampai satu tahap xtau nk buat yg mana satu..hehe. Pernah anda rasa begitu? kalau pernah kita boleh jadi geng..haha. Sumenye adalah ujian Allah ketika bljr. ujian kje lain plak. Hanya satu tujuan Allah tuk umatnya ialah untuk menguji. Oleh itu, kita mesti banyak bersabar, redha, slalu berfikiran positif dan tawakal:). btl x? GOOD LUCK!

Sunday, August 23, 2009

Salam Ramadhan




Monday, August 10, 2009

BERSAMA KAWAN-KAWAN :)


emm..sedapnye!inilah hasil tgn kami..hehe

Budak kecik ni nk amik order kami..hehe
Semua khusyuk main binggo..semua mau menang B-)

Tgh main game TRUTH or DARE!hahaha

Posing smbl bakar aym..hehe.sedap!


Inilah kami!tetap maintain..
Cikgu Fuziah & Ustzh. Raihan

Laporan berikutnya..hehehe:D. Pada 4 Julai 2009, sekolah lama saya telah mengadakan reunion untuk kelas 5B. Perjumpaan selepas 5tahun!! memang mendebarkan..sbb dh lama tak jumpa, masing2 membawa haluannya sendiri, ada yang masih belajar, ada yang dah bekerja, ada yang nmpk lain, ada yang maintain..hehe. Tetapi perjumpaan satu hari memang tak mencukupi, banyak yang nak dibualkan. Masa mencemburui kita:(. Insyaallah reunion akan dibuat lagi 5 tahun akan datang. Wah! apa yang akan terjadi pada kami2 semua?ada yang dh masuk gerbang pekerjaan?gerbang perkahwinan?hehehe..kita tunggu dan lihat. Semoga Allah memberkati persahabatan kami dan semoga silaturrahim antara kami akan berpanjangan..Amiin:). Gambar2 kandid dan bukan kandid..haha

BERSAMA ADIK-ADIK



Salam sahabat2 semua! dh lama tak menulis..alhamdulillah hari ini dapat saya coretkan apa yang bermain di minda saya ni..hehe. Sepanjang bulan Julai banyak aktiviti yang telah saya lakukan..walaupun penat tp menyeronokkan..hehe. Pada 11&12 Julai, saya menjadi fasi untuk satu prgrm Pelajar Cemerlang anjuran BEDSA. Pelajar yang terlibat adalah pelajar tahun 5&6 dari Sekolah Rendah Integrasi Sg. Chincin. Alhamdulillah prgrm ni bjln dgn lancar wpn pljr2nye agak nakal (biasa la nama pn bdk2..hehe) tp mereka tetap kreatifJ. Antara aktiviti yang dijalankan ialah explorace, motivational talk, LDK, paper and egg. Semoga dengan aktiviti yang dijlnkan selama 2hari ini dapat memberi manfaat kepada adik2.



Saturday, June 6, 2009

Jangan Simpan Prasangka




Sabda Rasulullah s.a.w:


"Jauhilah oleh kamu prasangka yang tidak baik kerana sesungguhnya prasangka yang tidak baik itu seburuk-buruk percakapan." (Riwayat Muslim).


Imam Al-Khattabi dalam kitab Subul as-salam mengatakan bahawa prasangka yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah tuduhan atau prasangka yang tidak beralasan, yang tidak jelas sebab-sebabnya seperti menyangka atau menuduh seseorang membuat keburukan, sedangkan tidak ada tanda-tanda bukti yang menunjukkan dia berbuat keburukan itu.


Mengikut riwayat Al-Dailami pula, prasangka yang dilarang dinamakan 'su-u-dhzan' iaitu prasangka yang tidak baik lagi buruk. Prasangka buruk bukan saja terhadap manusia tetapi terhadap Allah juga. Malah menaruh syak wasangka tidak baik terhadap Allah,haram hukumnya.


Kata Imam al-Zamakhsyari, hokum menaruh sangkaan itu terbahagi kepada 4:



  • WAJIBiaitu menaruh segala yang baik terhadap Allah

  • HARAM iaitu menaruh sangkaan yang tidak baik terhadap Allah

  • SUNAT iaitu menaruh prasangka yang baik terhadap seseorang muslim yang kelihatan pada gerak-gerinya, zahiriahnya baik, adil dan tidak menyeleweng daripada batas syarak.

  • HARUS iaitu menaruh sangkaan tidak baik terhadap seseorang yang memang suka melakukan maksiat dan mungkar secara terang-terangnya hingga hilang rasa malu dan segan baik terhadap Allah, apatah lagi sesama masyarakat Islamnya.

Sumber:Majalah NUR(MAC 2004)



Friday, May 22, 2009

HADITH



LAWATAN SEHARI KE PERSATUAN DYSLEXIA DI AMPANG HILIR (21/5/2009)















Alhamdulillah Allah telah permudahkan perjalanan kami ke persatuan tersebut sehingga kami selesai lawatan tersebut. Terima kasih kepada Pn. Sariah Amirin(Presiden,Persatuan Dyslexia Federal Territory) dan cikgu2 di sana kerana memberi kerjasama dan memberi maklumat kepada kami. Kami rasa bangga dan kagum kerana cikgu2 di sana sabar dalam mendidik anak2 Dyslexia. Emmm..mgkn ada yg tertanya2 ape itu Dyslexia. Dyslexia is a “Hidden” disability. Mereka bukan seorang yang cacat fizikal atau kecacatan otak. Mereka adalah seorang yang normal dan mempunyai tahap pemikiran yang normal. Mereka juga bukan seorang yang bodoh. Mereka juga pergi ke sekolah seperti pelajar lain. Ramai yang menganggap seseorang yang menghadapi Dyslexia adalah seorang yang bodoh, itu adalah tanggapan yang salah. Pelajar2 Dyslexia mempunyai masalah membaca, menulis dan bahasa seperti mereka tidak boleh membaca papan tanda jalan, apabila mereka mengeja kadang2 mereka akn terbalikkan ejaan seperti puan --> puna, besar --> bersa . Selain itu, mereka juga mempunyai self-confidence yang rendah kerana mengetahui kekurangn mereka. Di persatuan tersebut telah menyediakan 4 kelas mengikut tahap iaitu‘BEGINNER’,’EARLY’,‘INTERMEDIATE’,and‘ADVANCED’. Setiap kelas hanya memperuntukkan 5 orang pelajar. Mereka mengambil masa 3 bulan untuk belajar di sana sebelum dihantar kembali ke sekolah biasa. Tetapi mereka akan diberi ujian bagi mengenalpasti tahap masing2. Selain pembelajaran di dalam kelas, mereka juga membuat aktiviti luar seperti menunggang kuda dan lawatan.
Dari pemerhatian saya, cikgu2 di sana menggunakan pendekatan memahami dan mengenalpasti masalah pelajar. Selain itu juga, cikgu menggunakan rancangan pembelajaran berbeza daripada sekolah kerana pelajar akan merasa bosan dan memikirkan sekolah dan di sini hanya sama sahaja. Ini adalah satu pengajaran yang efektif kerana dapat membantu pelajar belajar dengan lebih cepat dan mahir. Ini kerana setiap kelas hanya mempunyai 5 orang pelajar sahaja. Tapi sayangnya guru dalam pendidikan khas adalah terhad menyebabkan ibubapa yang ingin menghantar anak mereka di sana terpaksa menunggu sebagai ‘Waiting List’. Diharapkan bakal guru2 dapat mendalami ilmu dalam pendidikan khas bagi menolong pelajar yang bermasalah. Bkn sahaja menolong pelajar Dyslexia tetapi pelajar lain juga seperti Autism, ADHD, Down Sindrom, Slow Learner dan sebagai. Mgkn ada sesetengah daripada kita tidak mengetahui bahawa Dyslexia juga boleh mencapai kejayaan yang membanggakan. Antaranya adalah dari negara Barat seperti Albert Einstein(pakar Fizik),Tom Cruise(pelakon). Setiap kekurangan yang kita ada mesti ada kelebihannya. 'من جد وجد'
Semoga badan2 NGO berjaya dalam membantu anak-anak bermasalah supaya mereka dapat mempelajari apa yang dipelajari oleh pelajar lain. GOOD LUCK!!Terima kasih tak terhingga kepada pn. Sariah, guru2 serta pelajar2 yang cute kerana menerima kedatangan kami di sana. Lawatan kami ini di bawah subjek “Understanding Students with Special Educational Needs”.

SELAMAT HARI IBU & HARI GURU ^_^


Salam ceria kpd shbt2 pjuanganku dan shbt2 yang jauh di mata tapi dekat di hati:). Semoga kalian sihat2 selalu dan sentiasa dirahmati ALLAH. Di kesempatan ini sy nk ucapkn Selamat Hari Ibukpd mak sy dan ibu2 di seluruh Malaysia. Walaupun tarikhnya dh lps tp masih xterlmbt kn?huhu..hari ibu adalah setiap hari smp bila2:). Tidak lupa jugaSelamat Hari Guru” kepada guru2 di seluruh :). Jasa kalian xpernah ku lupakan,Terima Kasih Cikgu!!. Kepada yang bakal menjadi guru, semoga kalian menanam smgt dan iltizam bg mncapai cita2 yang tersemat di hati. GOOD LUCK!

Thursday, April 16, 2009

untuk tatapan sahabat2 :)

video

Sunday, March 15, 2009

Aktiviti Bulan Ini



PROGRAM SMART SOLAT


Assalamualaikum sahabat2 sekalian:)erm rasa dah lama tak update blog ni. Pada bulan ni, ada beberapa aktiviti yang telah saya lakukan. Alhamdulillah dengan izin Allah saya dapat menyempurnakan walaupun tidak sepenuhnya tetapi dapat memberi input kepada orang lain dan juga dapat memberi input kepada saya. Aktiviti pertama pada 6/3/09-7/3/09 iaitu program “Smart Solat” anjuran Masjid As-Syakirin, KLCC. Saya diminta untuk menjadi fasi bagi program tersebut. Peserta yang terlibat adalah pelajar tingkatan 2 dari Sek. Men. Keb. Wangsa Maju. Dari pemerhatian saya, sepanjang program tersebut peserta-peserta dapat memberi komitmen terutama dalam LDK. Peserta-peserta banyak bertanyakan soalan tentang solat, kebersihan diri dan berwudhu tetapi masa tak mengizinkan kami sebagai fasi untuk menerangkan dengan lebih lanjut soalan-soalan yang diajukan. Jika program ini dapat dilaksanakan selama 5hari, insyaallah mereka dapat menyelami apa ertinya solat dalam kehidupan kerana mereka mengetahui apa itu solat, cara menunaikan, membersihkan diri sebelum solat dan apa itu hadas besar dan kecil. Jika kita dapat memberi bimbingan dan perhatian kepada mereka, insyaallah mereka dapat melaksanakan dengan rela hati dan ikhlas. Semua pihak perlu memainkan peranan yang penting terutama yang paling hampir dengan mereka iaitu ibubapa dalam mendidik anak-anak muda kerana generasi sekarang lebih terpengaruh dengan elemen-elemen yang tidak sihat.
“Sembahyang merupakan tiang agama”,jika kita tidak menunaikannya tiang agama kita akan goyang seperti rumah yang memerlukan tiang untuk berdiri teguh,jika hilang satu tiang maka akan robohlah rumah itu. Rumah ibarat diri kita dan tiang ibarat pendinding atau penguat kita. Sembahyang sangat penting kerana sembahyang dapat memberi kita ketenangan, kesihatan yang baik dan paling utama adalah supaya kita tidak lupa kepada Allah dan mensyukuri nikmat-Nya.
Semoga peserta dapat mengambil manfaat,menambah ilmu pengetahuan dari program tersebut dan yang paling penting dapat menunaikan solat 5 kali sehari. bak kata pepatah cendekiawan “Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China” kerana ilmu tidak pernah pudar atau mati, depends on people to seek the knowledge.


“MALU RASANYA MENGATAKAN CINTA”

Aktiviti kedua saya pada 12/3/09, Alhamdulillah saya dapat menghadiri talk Maulidur Rasul yang bertajuk “Malu Rasanya Mangatakan Cinta” oleh Ust. Nabil Ahmad di Main Auditorium,UIAM. Alhamdulillah dari ceramah tersebut saya dapat muhasabah diri saya supaya mendekatkan diri lagi kepada Allah. kadang-kadang apa yang kita lakukan kita tidak sedar perkara tersebut akan melalaikan kita, akan menjauhkan diri kita kepada Allah dan akan melemahkan iman kita. Antara isi-isi yang terdapat dalam talk tersebut adalah sifat-sifat Rasulullah yang patut kita ikuti, firman Allah s.w.t:


لقد كان لكم خلقا رسول الله اسوة حسنة


Sesungguhnya Allah tidak malu untuk membuat perbandingan antara makhluk. Sebagai contoh manusia vs semut.
:)Gula, beras dan minyak. Antara pilihan semut adalah gula,kenapa semut tidak memilih beras atau minyak? kerana Allah telah menetapkan makanan semut adalah makanan yang manis. Ini bermakna semut tidak melakukan perkara yang luar tabi’i walaupun mereka tidak ada akal untuk berfikir.
:)Manakala manusia yang mempunyai akal untuk berfikir telah melakukan perkara di luar tabi’i. Contohnya, perempuan yang merokok, lelaki yang berambut panjang. Ini adalah yang di larang oleh Allah dan tidak dituntut dalam islam.
:)Sejauh mana amalan kita?kita mendapat ilmu tetapi tidak ada petunjuk, ini bermakna kita masih jauh dari Allah. Oleh itu, banyakkanlah amalan-amalan kita di dunia ini seperti bersedekah,solat, amar ma’ruf nahi mungkar.

Asbabul nuzul:


لقد كان لكم خلقا رسول الله اسوة حسنة


Ketika berlaku perang khandak, para sahabat nabi telah diminta untuk mengorek lubang yang sangat dalam. Apabila selesai mengorek lubang tersebut, para sahabat telah menunggu musuh-musuh tersebut untuk jatuh lubang tersebut. Telah lama menunggu tetapi hasilnya tiada dan bekalan makanan hampir habis. Salah seorang daripada sahabat nabi telah bercadang untuk berjumpa Rasulullah. Apabila sampai mereka bertanya kepada Rasulullah “adakah strategi mereka salah?bekalan makanan kami hampir habis”, lalu Rasulullah berkata : “ sabarlah wahai sahabat-sahabatku”. Lalu Rasulullah telah menunjukkan perut beliau yang diikat dengan batu bagi menahan daripada lapar. Maka para sahabat telah melakukan perkara yang sama untuk menahan lapar. Daripada kisah tersebut dapatlah kita memahami bahawa setiap perbuatan baik yang dilakukan hendaklah bermula daripada diri sendiri kerana orang lain akan mengikutinya dengan ikhlas tanpa bersungut. Pembimbing kita adalah Nabi Muhammad S.A.W dan petunjuk kita adalah Al-Quran.



Antara sifat-sifat Rasulullah s.a.w yang terdapat dalam surah Al-Mu’minun ayat 1-11:


1) Solat dengan khusyu’
Telah diceritakan tentang pengikut Nabi Musa a.s iaitu sepasang suami isteri yang telah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak. Pada suatu hari si suami telah berdoa kepada Allah s.w.t: “Ya Allah jika isteri aku mengandung, aku bernazar kepada-Mu akan aku minum air kencing anjing”. Pada suatu hari,isterinya telah mengandung, alangkah gembira sepasang suami isteri tersebut. Selama 9bulan tersebut,si isteri selamat melahirkan anak tersebut. Dalam kegembiraan tersebut si suami telah lupa akan nazarnya. Suatu hari ketika si suami sedang berjalan di suatu tempat tiba-tiba terdapat seekor anjing di depannya dan anjing tersebut telah kencing di hadapannya. Tanpa disengajakan beliau teringat akan nazar yang belum ditunaikan lalu beliau pergi berjumpa Nabi Musa a.s. Si suami bertanya kepa Musa: “Wahai Musa aku telah bernazar, jika isteriku mengandung aku akan minum air kencing anjing tetapi aku terlalu jijik untuk meminumnya. Bagaimana wahai Musa?”. Lalu Musa berkata: “Tunaikanlah nazarmu. Jika jijik untuk meminum air kencing anjing, kamu pergilah ke hujung tanjung tersebut dan tadahlah air hujan dari bumbung tersebut dan minumlah air itu.”, si suami pelik dengan kata-kata Musa lalu beliau bertanya: “kenapa engkau menyuruhku minum air hujan dari bumbung tersebut?”. Nabi musa berkata: “Sesungguhnya penghuni di rumah tersebut tidak pernah menunaikan solat”.
Daripada kisah tersebut, hendaklah kita menunaikan solat dan janganlah sesekali meninggalkan solat tersebut. Selain itu, khusyuklah solat kerana kita akan dapat menikmati keindahan solat tersebut dan dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

2) Hargai Masa
Allah membenci orang tua berlagak seperti orang muda kerana mereka telah membuang masa dengan masa yang mereka ada untuk beribadah kepada-Nya. Manakala Allah sangat menyukai orang muda yang berfikiran matang kerana mereka memikirkan tentang kehidupan mereka dan melaksanakan tuntutan Allah s.w.t.


3) Pelihara Maruah dan Harga Diri
Wanita hendaklah menjaga aurat mereka kerana itulah maruah dan harga diri kita. Sebagai contoh ketika zaman Rasulullah s.a.w, pada suatu datanglah ke rumah Rasulullah seorang sahabat Baginda yang buta, lalu Aishah telah membuka pintu untuk beliau tanpa menutup aurat. Apabila Rasulullah melihat Aishah keadaan tersebut lalu Rasulullah memberitahu Aishah: “Wahai Saidatina Aishah sesiapa yang ada di hadapan kamu hendaklah kamu menjaga auratmu walaupun di hadapan kamu itu adalah orang yang buta.”


4) Sempurnakan Amanah
Kepada diri sendiri, keluarga dan umat Islam. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Pastikan orang bersama kita tidak masuk ke syurga” kerana sekecil mana kita memegang amanah atau mengamanahkan kepada seseorang hendaklah ditunaikan. Ini kerana jika seseorang itu tidak menunaikan maka tempatnya adalah di neraka walaupun mereka telah melakukan banyak amalan mulia dan tidak pernah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. Selain itu, menjaga silaturrahim juga merupakan amanah yang perlu ditunaikan sebagaimana Allah s.w.t berfirman: “Tidak akan masuk syurga jika sesiapa tidak menjaga silaturrahim”.


Daripada sifat-sifat Rasulullah dan kisah-kisah teladan yang telah diceritakan, adakah kita telah melaksanakan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah? Layakkah kita untuk mendapatkan cinta Rasulullah? Kajilah diri kita supaya kita mendapat keredhaan dari Allah kerana kita mempunyai iman tetapi kita perlu mengasah iman kita supaya lebih tajam dan mantap. Kalimah cinta bukanlah perkara yang mudah dan bukan mudah untuk mendapatkan cinta. Fikir-fikirkanlah dan muhasabah diri kita supaya kita dapat mengenali diri kita dengan lebih mendalam:).GOOD LUCK!

Monday, February 9, 2009

RASULULLAH S.W.T ADALAH PEMBIMBING KITA
Setiap ape yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Setiap orang mempunyai halangan,dugaan dan cabaran yang tersendiri. Tetapi Allah sentiasa ada di sisi kita,Allah tak akan menguji kita jika kita tidak dapat melaluinya...yang penting kita perlu berusaha untuk menyelesaikannya..bak kata pepatah Arab "من جد وجد", siapa yang berusaha akan mendapat hasil atau kejayaan yang kita impikan atau inginkan:).
Kejayaan seseorang itu datang dari diri kita sendiri,orang lain hanya dapat membantu dalam memberi nasihat,jalan untuk kita lalui atau memberi ruang seseorang untuk memikirkan cara penyelesaiannya. Rasulullah dan sahabat-sahabat Baginda dapat kita jadikan contoh kerana merekalah contoh terbaik kita.
Sahabat-sahabat yang dikasihi,janganlah cepat mengalah,putus asa....mungkin hasilnya tak nampak untuk masa terdekat tetapi Allah akn memberi juga kerana Allah Maha Memberi. Usaha,Doa dan Tawakal adalah penguat dan pembimbing kita. "THINK SOMETHING BEFORE YOU DROP SOMETHING" :)