MUTIARA KATA
Wednesday, August 18, 2010
BILA ALLAH MENDUGA KITA 2
Rindunya nak baca buku "Bila Allah Menduga Kita"..penulisan dan pengisian yang sangat menarik daripada Alwi Attas.. banyak pengajaran yang dapat kita pelajari..erm,dapat baca separuh je :). Hari ini, sahabatku telah mengharungi dugaan dengan tenang sekali..harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat bekerja dengan tenang. Kepada sahabatku yang menyambut birthday arini semoga dimurahkan rezeki dan sahabatku di KUIS selamat menghadapi peperiksaan :). "Setiap yang terjadi ade hikmahnya, hadapi dengan tenang dan berfikir apa yang telah kita lakukan sebelum ini". Ini prinsip yang aku pegang supaya aku tidak cepat berputus asa :).
Posted by nur ruzaini at 10:40 AM 0 comments
Labels: cerita
Tuesday, August 17, 2010
SAHABAT
Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.
Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.
Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.
Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.
Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
(Dipetik dari: http://mkelana.wordpress.com)
Posted by nur ruzaini at 9:58 AM 0 comments
Labels: sajak
DUGAAN & CABARAN
Dugaan, cabaran dan ujian dari Allah adalah satu perkara yang kita tidak boleh lari untuk menghadapinya sebagai hamba-Nya. Tetapi setiap dugaan, cabaran dan ujian ini ada hikmah dan nikmat disebaliknya yang kita tak dijangka, cuma cepat atau lambat saja untuk kita kecapinya.. (^_^). Tidak sekali-kali untuk kita mengeluh setiap perkara yang menimpa diri kerana setiap perkara yang diberi oleh Allah sebenarnya mampu untuk kita hadapi. Ya..itu yang patut kita syukuri :). Tergerak di hati saya untuk berkongsi cerita tentang seorang sahabat yang telah lama berkongsi suka dan duka. Hari ini 17/8/2010, hari pertama beliau mendaftar diri dalam sektor kerajaan. Selama 3tahun beliau menunggu untuk mendapatkan kerja yang terbaik, pelbagai dugaan, cabaran dan ujian telah beliau tempuhi. Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan, beliau telah mendapat hasilnya pada hari ini. Insan ini yang ku panggil kak Laily (^_^). Semoga setiap perkara yang akak lakukan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t dan semoga apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan.
Posted by nur ruzaini at 9:27 AM 0 comments
Labels: cerita
Tuesday, August 10, 2010
Sunday, August 8, 2010
Remaja: Kerana Dirimu Begitu Berharga...
Assalamualaikum :). semoga anda ceria2 slalu (^_^). Program "Remaja: Kerana Dirimu Begitu Berharga.." yang dianjurkan oleh SMK Jalan Bukit Kajang & Penggerak Belia Tempatan MPP Zon22 bertempat di SMK Jalan Bukit Kajang. Program yang sangat menarik ini dihadiri oleh pelajar perempuan ting.4&5 selama 2hari 1malam. Antara pengisian selama 2hari ini ialah Kenali Diri, Seindah Mawar Berduri dan Sayangi Diri. Aktiviti yang sempoi dan relaks :). Menariknya program ini, kami telah melakukan Qiamullail di luar surau, udara yang segar dan dingin..menikmati ciptaan Allah s.w.t. 8 orang fasilitator yang terlibat serta k.farah dari IU SMART Consultant selaku penceramah dalam program ini.
Program ini telah menyentuh perasaan saya tapi bukan bermaksud terguris. Adik2 yang telah menyertai program ini adalah insan yang terpilih yang telah dipilih oleh Allah. Mereka diberi motivasi,kesedaran, semangat dan keyakinan terutama bagi pelajar ting. 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM tahun ini :). Antara slot yang menyentuh perasaan ialah Sayangi Diri, mereka diminta untuk meluahkan perasaan di atas kertas. Luahan yang mereka pendam selama ini yang xpernah orang lain ketahui. Alhamdulillah mereka telah meluahkan dan melepaskannye sepenuh hati.okaylah sampai sini dulu..ni antara fasi dan ajk yang terlibat :).terima kasih semua!!nik, k.ida, k.kinah, intan, lina, ustazah, k.farah and the gang, nada, k.long, k.dian, k.muni, k.ayu.
Untuk adik2 akak jadilah mawar yang berduri, realisasikan matlamat yang telah adik2 sematkan. Maju ke hadapan, yang dulu dijadikan iktibar dan semangat untuk maju ke hadapan!! GOOD LUCK in your SPM - Ain,Zaty, Izzah, Nazwal dan Anisa (^_^).
Untuk adik2 akak jadilah mawar yang berduri, realisasikan matlamat yang telah adik2 sematkan. Maju ke hadapan, yang dulu dijadikan iktibar dan semangat untuk maju ke hadapan!! GOOD LUCK in your SPM - Ain,Zaty, Izzah, Nazwal dan Anisa (^_^).
Posted by nur ruzaini at 12:10 PM 0 comments
Labels: fasilitator
Monday, August 2, 2010
SOAL HATI (^_^)
اللهم يا مصرف القلوب صرف قلوبنا على طاعتك
" Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada Mu" (riwayat Muslim)
Menarik kan tajuk entry ni? hehe..apa yang anda fikirkan bila orang mengutarakan soal hati? macam2 pendapat kan?..ok lah hari ini saya nak berkongsi dengan anda tentang hati tapi bukan berkenaan dengan soal perasaan...ia berkaitan dengan seketul hati yang sepatutnye kita jaga dengan sebaik mungkin sebab setiap yang kita lakukan bermula dari hati atau ayat mudahnya yang selalu kita gunakan adalah niat di hati (^_^).
Baiklah, di sini saya nak senaraikan jenis-jenis hati :
- Qalbun Sahih - Hati yang bersih, sihat dan bebas dari gangguan syaitan.
- Qalbun Mayyit - Hati yang mati sehingga tidak akan mengenal Penciptanya.
- Qalbun Maridh - Hati yang sakit
Saya harap kita akan tergolong dalam jenis yang pertama :)
Sekarang ni saya nak senaraikan 4 kunci jaga hati:
- Menjaga perut dengan berpuasa sunat
- Menjaga mata dengan mengelak melihat perkara yang haram
- Menjaga kemaluan dengan mengelak pergaulan dengan bukan mahram
- Menjaga lidah dengan menggunakan lidah untuk berdakwah
Marilah sama-sama kita menjaga hati dan ingat-mengingati :)
Posted by nur ruzaini at 9:31 AM 0 comments
Labels: didikilmu
Subscribe to:
Posts (Atom)