Dugaan, cabaran dan ujian dari Allah adalah satu perkara yang kita tidak boleh lari untuk menghadapinya sebagai hamba-Nya. Tetapi setiap dugaan, cabaran dan ujian ini ada hikmah dan nikmat disebaliknya yang kita tak dijangka, cuma cepat atau lambat saja untuk kita kecapinya.. (^_^). Tidak sekali-kali untuk kita mengeluh setiap perkara yang menimpa diri kerana setiap perkara yang diberi oleh Allah sebenarnya mampu untuk kita hadapi. Ya..itu yang patut kita syukuri :). Tergerak di hati saya untuk berkongsi cerita tentang seorang sahabat yang telah lama berkongsi suka dan duka. Hari ini 17/8/2010, hari pertama beliau mendaftar diri dalam sektor kerajaan. Selama 3tahun beliau menunggu untuk mendapatkan kerja yang terbaik, pelbagai dugaan, cabaran dan ujian telah beliau tempuhi. Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan, beliau telah mendapat hasilnya pada hari ini. Insan ini yang ku panggil kak Laily (^_^). Semoga setiap perkara yang akak lakukan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t dan semoga apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan.
MUTIARA KATA
Tuesday, August 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment