MUTIARA KATA

Showing posts with label didikilmu. Show all posts
Showing posts with label didikilmu. Show all posts

Friday, October 12, 2012

KEKUATAN DAN SEMANGAT

Assalamualaikum semua, semoga pagi Jumaat ni memberi barakah dan keceriaan kepada kita semua :). Hari ini tersangatlah free, relief pun tak dapat, yela pelajar yang datang sekolah pun tak ramai kan..hehe.. Datang dekat sikit, saya nak cerita tentang semangat dan kekuatan. Ada kaitan tak??? Mestilah ada, ke ada yang jawab takda? Takpa2 mai sini nak cerita :). Semangat dan kekuatan ni saling perlu memerlukan antara satu sama, ibarat sahabat yang memerlukan antara satu sama lain dalam meluahkan rasa dan tolong menolong :). ya...Apabila kita mempunyai semangat secara tak langsung akan terbitlah kekuatan, apabila sudah terbit kekuatan akan jelmalah usaha yang akan kita cuba usahakan untuk mendapatkannya dan hasil yang baik :). Berusaha dalam mencapai sesuatu yang kita impikan. Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian marilah kita sama-sama berusaha untuk mencapai sesuatu yang memberi kebaikan kepada kita pada masa sekarang dan untuk masa hadapan :). TAPI ingatlah perkara yang kita impikan mestilah halal dan tidak membebankan diri dan orang disekeliling :).

"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir"

Friday, September 21, 2012

Pelajar-pelajarku 4B

Assalamualaikum semua!!! :), di hari Jumaat yang mulia ini marilah sama2 kita memanjatkan kesyukuran kerana kita diberi peluang menikmati rahmat Allah s.w.t. Semoga kalian dalam keadaan sihat dan diberkati Allah :). Okaylah, sambil menunggu masa untuk balik, saya nak coretkan satu kisah tentang pelajar-pelajar saya 4B. Gelagat mereka yang membuatkan saya mengimbau zaman sekolah dulu :) hehe. Okay, perkara-perkara @ agenda yang terdapat dalam kelas tersebut menyebabkan saya teringat masa sekolah dulu ialah :

  1. Nama kelas mereka adalah sama iaitu 4B
  2. Pelajar2 lelaki yang duduk dibahagian depan suka bertanya sama dengan gang Z
  3. Pelajar2 lelaki yang duduk dibahagian belakang yang membuat hal sendiri sama dengan geng S
  4. Pelajar2 perempuan yang duduk dibahagian depan yang suka bertanya sama dengan gang H
  5. Pelajar2 perempuan yang duduk dibahagian belakang yang agak diam sama dengan gang kami..hehe
Ada 5 persamaan, memang mengimbau kenangan dulu hehe.. rasa nak pergi sekolah balik, nak manfaatkan balik apa yang tak dimanfaatkan hehe. Kelas 4B agak sopan santun sedikit, hehehe diam buat hal sendiri. Hari ini saya paksa mereka buat latihan dan hantar, tiada kompromi hahaha semua wajib hantar :). Saya doakan semoga kalian menjadi insan yang soleh dan solehah :)


Sunday, July 8, 2012


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi :), dihari yang mulia ini dan cuaca yang mendung ini membuatkan hati ni ingin meng'update' blog yang dah lama tak update :). Banyak sangat cerita yang ingin diceritakan tapi amik yang paling penting daripada perkara yang terpenting..hehe :). Kisah yang pertama adalah "sekolahku pelajarku". Pertama kali mengajar disekolah selepas menjadi pelajar, camne tu?hehe. sekarang ni saya sedang praktikal di SMK Taman Keramat. 3 kelas saya mengajar iaitu semuanya tingkatan 4, ok berhenti cerita tentang sekolah hehe. Ini sebagai mukaddimah je :).

Mari kita mulakan, menjadi guru bukanlah mudah, ramai yang mengatakan, " okaylah jadi guru gaji banyak, okaylah jadi guru kerja dah kira tetap, okaylah jadi guru, pelajar cuti kita pun cuti, okaylah jadi guru kje pn separu hari, pagi masuk kul 1 atau 2 dah balik". Ya, itu secara luarannya yang tak dapat dinafikan. Tapi bila tanya guru sendiri, "jadi guru ni hati kena ikhlas kerana apa yang kita akan sampaikan mestilah sampai kepada anak murid, jadi guru banyak benda kena fikir, bila pelajar masuk je sekolah dah jadi tanggungjawab guru untuk membimbing pelajar-pelajar". MasyaAllah sungguh mulia tugas guru sebenarnya: 
  1. Apabila kita menyampaikan ilmu yang kita ada kepada pelajar, InsyaAllah ilmu kita itu kekal sampai bila-bila.
  2. Apabila kita menjadi guru, pelajar-pelajar akan mendoakan kita.
  3. Pelajar akan ingat pada kita walaupun mereka telah habis sekolah.
  4. Walaupun kita garang macam mana pun pelajar tetap akan ingatkan dengan ilmu yang kita berikan pada mereka.( tapi kadang-kadang pelajar akan ingat sebab guru mereka rotan mereka tapi mereka akan ucap terima kasih sebab "kalau cikgu tak rotan saya tak ingatkan saya mungkin saya tak akan jadi seperti sekarang ".
Wahai para pendidik, betulkan niat anda apabila menjadi guru..Apabila terpesong tarik lah cepat-cepat supaya ia tidak hanyut ke tempat yang lebih dalam. Allahumma yassir wala tu'assir rabbi tammim bilkhair.


Okaylah, ni sekolah saya SMK Taman Keramat.. Ya Allah, Engkau terangkanlah hati pelajar-pelajarku dalam menerima pelajar Pendidikan Islam, semoga apa yang mereka pelajari bukanlah semata-mata untuk peperiksaan sahaja tetapi bekalan untuk akhirat dan apabila mereka telah tamat sekolah.



Adik-adik tingkatan 4B,4D dan 4F, semoga kalian dilindungi oleh Allah s.w.t walau dimana sahaja kalian berada.

Monday, July 18, 2011

Lawatan Ke Gontor

Salam semua!dah lama tak menulis..rindu rasanya..hehe. Alhamdulillah hari ni dapat saya mencoretkan sedikit aktiviti - aktiviti yang telah saya sertai. okay la, coretan pertama saya adalah lawatan saya ke Gontor, Ponorogo dan Mantingan di Indonesia. Saya bersama sahabat - sahabat serta pensyarah iringan seramai 3 orang telah terbang ke Indonesia pada 18/6/2011 jam 10.30 pagi. Kami mendarat di Lapangan Terbang Solo pada jam 12 tengahari pada hari yang sama. Kami disambut oleh ustaz - ustaz dari Gontor 1, Ponorogo. Perjalanan kami dari lapangan terbang ke Ponorogo mengambil masa 5 jam perjalanan. Tibanya kami di Wisma Darussalam (tempat penginapan) pada jam 10 malam. Kagumnya saya bila tibanya di sana, kagum dengan suasana sekolah. Suasana di Ponorogo seperti suasana kampung di Malaysia. Memang seronok, udara yang segar..malam udara yang sejuk, siang walaupun panas tapi angin yang sejuk. Kami di sana selama 10 hari iaitu 7 hari di Gontor lelaki 1 dan 3 hari di Gontor perempuan 1. Okaylah cukup untuk coretan persekitaran di Gontor.





Universiti Darussalam




Gontor Perempuan 1


Sekarang kita masuk dalam sekolah pulak iaitu Pondok Modern Darussalam. Saya kagum dengan sistem pendidikan di sana. Sistem pendidikan di sana menitik beratkan tentang penguasaan bahasa, agama dan kejujuran dan keikhlasan pelajar di sana. Bahasa yang mereka tekankan adalah Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris tetapi untuk perbualan harian, mereka lebih menekankan bahasa Arab. Sesiapa yang bercakap bahasa lain selain bahasa arab dan bahasa Inggeris akan di denda. Selain itu juga, pelajar yang masuk di sana adalah pelajar yang sama taraf tiada keistimewaan yang mereka dapat walaupun mereka daripada keluarga yang berpangkat tinggi. Semua kerja dilakukan oleh pelajar sendiri daripada mengutip sampah sampailah menjadi guru kepada pelajar- pelajar di pondok tersebut.





Ust -ust yang menjemput kami di lapangan terbang Solo


Selain itu juga, pondok tersebut telah mendirikan universiti mereka sendiri iaitu Universiti Darussalam. Universiti tersebut juga mengasingkan lelaki dan perempuan. pelajar universiti tersebut adalah pelajar - pelajar dari ponok modern itu sendiri kerana mereka mempunyai penilaian sendiri dalam membuat tesis dan aktiviti di luar kampus. Mengikut kata - kata daripada pihak universiti itu sendiri mereka pernah mengambil pelajar dari luar tetapi tahap penguasaan mereka dalam bahasa menyebabkan mereka tidak dapat mengikut tahap penilaian pihak universiti tersebut. Oleh itu, mereka mengambil pelajar daripada pondok itu sendiri.


Jarak antara Gontor lelaki dan perempuan mengambil masa 2 1/2 jam. Gontor perempuan 1 dan universiti Darussalam (P) berkongsi tempat, berbeza dengan Gontor lelaki 1. Gontor lelaki 1 ialah pondok utama.


Di sana juga mereka mempunyai aktiviti kokurikulum. Badan beruniform mereka adalah Pengakap. Aktiviti koko mereka antaranya gimnastik, bola keranjang, bola sepak, muzik dan sebagainya.


Okayla, sampai sini dulu ye..ops! sebelum tu terima kasih kepada ust. Eko, ust. Imam, Ust. Nabhan, ust. Ihsan dan sahabat - sahabat mereka yang banyak membantu dan menerangkan kepada kami sepanjang kami di sana :).

Monday, August 2, 2010

SOAL HATI (^_^)



اللهم يا مصرف القلوب صرف قلوبنا على طاعتك


" Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada Mu" (riwayat Muslim)

Menarik kan tajuk entry ni? hehe..apa yang anda fikirkan bila orang mengutarakan soal hati? macam2 pendapat kan?..ok lah hari ini saya nak berkongsi dengan anda tentang hati tapi bukan berkenaan dengan soal perasaan...ia berkaitan dengan seketul hati yang sepatutnye kita jaga dengan sebaik mungkin sebab setiap yang kita lakukan bermula dari hati atau ayat mudahnya yang selalu kita gunakan adalah niat di hati (^_^).

Baiklah, di sini saya nak senaraikan jenis-jenis hati :

  • Qalbun Sahih - Hati yang bersih, sihat dan bebas dari gangguan syaitan.
  • Qalbun Mayyit - Hati yang mati sehingga tidak akan mengenal Penciptanya.
  • Qalbun Maridh - Hati yang sakit

Saya harap kita akan tergolong dalam jenis yang pertama :)

Sekarang ni saya nak senaraikan 4 kunci jaga hati:

  • Menjaga perut dengan berpuasa sunat
  • Menjaga mata dengan mengelak melihat perkara yang haram
  • Menjaga kemaluan dengan mengelak pergaulan dengan bukan mahram
  • Menjaga lidah dengan menggunakan lidah untuk berdakwah

Marilah sama-sama kita menjaga hati dan ingat-mengingati :)

Sunday, July 11, 2010

Bermula....


Esok 12/07/2010 bermula semester baru..semakin lama semakin mencabar subjek yang diambil..risau pun ada..aku harap aku dapat mencapai matlamat untuk semester ini..insyaallah:). Aku akan menyambung puzzle merah tu:). Untuk sahabat2ku semoga berjaya untuk semester ini!!!! (^_~)

Monday, August 10, 2009

BERSAMA ADIK-ADIK



Salam sahabat2 semua! dh lama tak menulis..alhamdulillah hari ini dapat saya coretkan apa yang bermain di minda saya ni..hehe. Sepanjang bulan Julai banyak aktiviti yang telah saya lakukan..walaupun penat tp menyeronokkan..hehe. Pada 11&12 Julai, saya menjadi fasi untuk satu prgrm Pelajar Cemerlang anjuran BEDSA. Pelajar yang terlibat adalah pelajar tahun 5&6 dari Sekolah Rendah Integrasi Sg. Chincin. Alhamdulillah prgrm ni bjln dgn lancar wpn pljr2nye agak nakal (biasa la nama pn bdk2..hehe) tp mereka tetap kreatifJ. Antara aktiviti yang dijalankan ialah explorace, motivational talk, LDK, paper and egg. Semoga dengan aktiviti yang dijlnkan selama 2hari ini dapat memberi manfaat kepada adik2.



Friday, May 22, 2009

LAWATAN SEHARI KE PERSATUAN DYSLEXIA DI AMPANG HILIR (21/5/2009)















Alhamdulillah Allah telah permudahkan perjalanan kami ke persatuan tersebut sehingga kami selesai lawatan tersebut. Terima kasih kepada Pn. Sariah Amirin(Presiden,Persatuan Dyslexia Federal Territory) dan cikgu2 di sana kerana memberi kerjasama dan memberi maklumat kepada kami. Kami rasa bangga dan kagum kerana cikgu2 di sana sabar dalam mendidik anak2 Dyslexia. Emmm..mgkn ada yg tertanya2 ape itu Dyslexia. Dyslexia is a “Hidden” disability. Mereka bukan seorang yang cacat fizikal atau kecacatan otak. Mereka adalah seorang yang normal dan mempunyai tahap pemikiran yang normal. Mereka juga bukan seorang yang bodoh. Mereka juga pergi ke sekolah seperti pelajar lain. Ramai yang menganggap seseorang yang menghadapi Dyslexia adalah seorang yang bodoh, itu adalah tanggapan yang salah. Pelajar2 Dyslexia mempunyai masalah membaca, menulis dan bahasa seperti mereka tidak boleh membaca papan tanda jalan, apabila mereka mengeja kadang2 mereka akn terbalikkan ejaan seperti puan --> puna, besar --> bersa . Selain itu, mereka juga mempunyai self-confidence yang rendah kerana mengetahui kekurangn mereka. Di persatuan tersebut telah menyediakan 4 kelas mengikut tahap iaitu‘BEGINNER’,’EARLY’,‘INTERMEDIATE’,and‘ADVANCED’. Setiap kelas hanya memperuntukkan 5 orang pelajar. Mereka mengambil masa 3 bulan untuk belajar di sana sebelum dihantar kembali ke sekolah biasa. Tetapi mereka akan diberi ujian bagi mengenalpasti tahap masing2. Selain pembelajaran di dalam kelas, mereka juga membuat aktiviti luar seperti menunggang kuda dan lawatan.
Dari pemerhatian saya, cikgu2 di sana menggunakan pendekatan memahami dan mengenalpasti masalah pelajar. Selain itu juga, cikgu menggunakan rancangan pembelajaran berbeza daripada sekolah kerana pelajar akan merasa bosan dan memikirkan sekolah dan di sini hanya sama sahaja. Ini adalah satu pengajaran yang efektif kerana dapat membantu pelajar belajar dengan lebih cepat dan mahir. Ini kerana setiap kelas hanya mempunyai 5 orang pelajar sahaja. Tapi sayangnya guru dalam pendidikan khas adalah terhad menyebabkan ibubapa yang ingin menghantar anak mereka di sana terpaksa menunggu sebagai ‘Waiting List’. Diharapkan bakal guru2 dapat mendalami ilmu dalam pendidikan khas bagi menolong pelajar yang bermasalah. Bkn sahaja menolong pelajar Dyslexia tetapi pelajar lain juga seperti Autism, ADHD, Down Sindrom, Slow Learner dan sebagai. Mgkn ada sesetengah daripada kita tidak mengetahui bahawa Dyslexia juga boleh mencapai kejayaan yang membanggakan. Antaranya adalah dari negara Barat seperti Albert Einstein(pakar Fizik),Tom Cruise(pelakon). Setiap kekurangan yang kita ada mesti ada kelebihannya. 'من جد وجد'
Semoga badan2 NGO berjaya dalam membantu anak-anak bermasalah supaya mereka dapat mempelajari apa yang dipelajari oleh pelajar lain. GOOD LUCK!!Terima kasih tak terhingga kepada pn. Sariah, guru2 serta pelajar2 yang cute kerana menerima kedatangan kami di sana. Lawatan kami ini di bawah subjek “Understanding Students with Special Educational Needs”.

Thursday, April 16, 2009

untuk tatapan sahabat2 :)

Monday, February 9, 2009

RASULULLAH S.W.T ADALAH PEMBIMBING KITA
Setiap ape yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Setiap orang mempunyai halangan,dugaan dan cabaran yang tersendiri. Tetapi Allah sentiasa ada di sisi kita,Allah tak akan menguji kita jika kita tidak dapat melaluinya...yang penting kita perlu berusaha untuk menyelesaikannya..bak kata pepatah Arab "من جد وجد", siapa yang berusaha akan mendapat hasil atau kejayaan yang kita impikan atau inginkan:).
Kejayaan seseorang itu datang dari diri kita sendiri,orang lain hanya dapat membantu dalam memberi nasihat,jalan untuk kita lalui atau memberi ruang seseorang untuk memikirkan cara penyelesaiannya. Rasulullah dan sahabat-sahabat Baginda dapat kita jadikan contoh kerana merekalah contoh terbaik kita.
Sahabat-sahabat yang dikasihi,janganlah cepat mengalah,putus asa....mungkin hasilnya tak nampak untuk masa terdekat tetapi Allah akn memberi juga kerana Allah Maha Memberi. Usaha,Doa dan Tawakal adalah penguat dan pembimbing kita. "THINK SOMETHING BEFORE YOU DROP SOMETHING" :)