MUTIARA KATA

Saturday, June 6, 2009

Jangan Simpan Prasangka




Sabda Rasulullah s.a.w:


"Jauhilah oleh kamu prasangka yang tidak baik kerana sesungguhnya prasangka yang tidak baik itu seburuk-buruk percakapan." (Riwayat Muslim).


Imam Al-Khattabi dalam kitab Subul as-salam mengatakan bahawa prasangka yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah tuduhan atau prasangka yang tidak beralasan, yang tidak jelas sebab-sebabnya seperti menyangka atau menuduh seseorang membuat keburukan, sedangkan tidak ada tanda-tanda bukti yang menunjukkan dia berbuat keburukan itu.


Mengikut riwayat Al-Dailami pula, prasangka yang dilarang dinamakan 'su-u-dhzan' iaitu prasangka yang tidak baik lagi buruk. Prasangka buruk bukan saja terhadap manusia tetapi terhadap Allah juga. Malah menaruh syak wasangka tidak baik terhadap Allah,haram hukumnya.


Kata Imam al-Zamakhsyari, hokum menaruh sangkaan itu terbahagi kepada 4:



  • WAJIBiaitu menaruh segala yang baik terhadap Allah

  • HARAM iaitu menaruh sangkaan yang tidak baik terhadap Allah

  • SUNAT iaitu menaruh prasangka yang baik terhadap seseorang muslim yang kelihatan pada gerak-gerinya, zahiriahnya baik, adil dan tidak menyeleweng daripada batas syarak.

  • HARUS iaitu menaruh sangkaan tidak baik terhadap seseorang yang memang suka melakukan maksiat dan mungkar secara terang-terangnya hingga hilang rasa malu dan segan baik terhadap Allah, apatah lagi sesama masyarakat Islamnya.

Sumber:Majalah NUR(MAC 2004)



0 comments: