MUTIARA KATA
Friday, December 11, 2009
Yang Hidup Pasti Akan Mati
Posted by nur ruzaini at 11:10 PM 2 comments
Labels: keluarga
Wednesday, November 25, 2009
Monday, November 9, 2009
DPIK '04
Pelbagai cerita dan kisah yang xdpt diungkapkan dengan kata2^_^..baik yang lucu, klakar, ketawa, gembira, sayu, sedih, takut, gementar..sume ade B-).
Ape yg berlaku jadikan ia kenangan...
Amik yang jernih buang yang keruh ^_^
KTIM in memory (skrg namenye KUIM)
Posted by nur ruzaini at 6:25 PM 0 comments
Labels: kenangan
Tuesday, October 27, 2009
Friday, October 23, 2009
Exam Hampir Tiba!!
Posted by nur ruzaini at 5:33 PM 1 comments
Labels: Exam
Kembali Menaip:)
Posted by nur ruzaini at 5:01 PM 0 comments
Labels: muhasabah diri
Sunday, August 23, 2009
Monday, August 10, 2009
BERSAMA KAWAN-KAWAN :)
emm..sedapnye!inilah hasil tgn kami..hehe
Posted by nur ruzaini at 3:55 PM 0 comments
Labels: kenangan
BERSAMA ADIK-ADIK
Posted by nur ruzaini at 3:42 PM 0 comments
Labels: didikilmu
Saturday, June 6, 2009
Jangan Simpan Prasangka
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Jauhilah oleh kamu prasangka yang tidak baik kerana sesungguhnya prasangka yang tidak baik itu seburuk-buruk percakapan." (Riwayat Muslim).
Imam Al-Khattabi dalam kitab Subul as-salam mengatakan bahawa prasangka yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah tuduhan atau prasangka yang tidak beralasan, yang tidak jelas sebab-sebabnya seperti menyangka atau menuduh seseorang membuat keburukan, sedangkan tidak ada tanda-tanda bukti yang menunjukkan dia berbuat keburukan itu.
Mengikut riwayat Al-Dailami pula, prasangka yang dilarang dinamakan 'su-u-dhzan' iaitu prasangka yang tidak baik lagi buruk. Prasangka buruk bukan saja terhadap manusia tetapi terhadap Allah juga. Malah menaruh syak wasangka tidak baik terhadap Allah,haram hukumnya.
Kata Imam al-Zamakhsyari, hokum menaruh sangkaan itu terbahagi kepada 4:
- WAJIBiaitu menaruh segala yang baik terhadap Allah
- HARAM iaitu menaruh sangkaan yang tidak baik terhadap Allah
- SUNAT iaitu menaruh prasangka yang baik terhadap seseorang muslim yang kelihatan pada gerak-gerinya, zahiriahnya baik, adil dan tidak menyeleweng daripada batas syarak.
- HARUS iaitu menaruh sangkaan tidak baik terhadap seseorang yang memang suka melakukan maksiat dan mungkar secara terang-terangnya hingga hilang rasa malu dan segan baik terhadap Allah, apatah lagi sesama masyarakat Islamnya.
Sumber:Majalah NUR(MAC 2004)
Posted by nur ruzaini at 8:54 PM 0 comments
Labels: makanan diri
Friday, May 22, 2009
LAWATAN SEHARI KE PERSATUAN DYSLEXIA DI AMPANG HILIR (21/5/2009)
Posted by nur ruzaini at 10:56 PM 2 comments
Labels: didikilmu
SELAMAT HARI IBU & HARI GURU ^_^
Posted by nur ruzaini at 10:40 PM 0 comments
Labels: Greeting:)
Thursday, April 16, 2009
Sunday, March 15, 2009
Aktiviti Bulan Ini
Assalamualaikum sahabat2 sekalian:)erm rasa dah lama tak update blog ni. Pada bulan ni, ada beberapa aktiviti yang telah saya lakukan. Alhamdulillah dengan izin Allah saya dapat menyempurnakan walaupun tidak sepenuhnya tetapi dapat memberi input kepada orang lain dan juga dapat memberi input kepada saya. Aktiviti pertama pada 6/3/09-7/3/09 iaitu program “Smart Solat” anjuran Masjid As-Syakirin, KLCC. Saya diminta untuk menjadi fasi bagi program tersebut. Peserta yang terlibat adalah pelajar tingkatan 2 dari Sek. Men. Keb. Wangsa Maju. Dari pemerhatian saya, sepanjang program tersebut peserta-peserta dapat memberi komitmen terutama dalam LDK. Peserta-peserta banyak bertanyakan soalan tentang solat, kebersihan diri dan berwudhu tetapi masa tak mengizinkan kami sebagai fasi untuk menerangkan dengan lebih lanjut soalan-soalan yang diajukan. Jika program ini dapat dilaksanakan selama 5hari, insyaallah mereka dapat menyelami apa ertinya solat dalam kehidupan kerana mereka mengetahui apa itu solat, cara menunaikan, membersihkan diri sebelum solat dan apa itu hadas besar dan kecil. Jika kita dapat memberi bimbingan dan perhatian kepada mereka, insyaallah mereka dapat melaksanakan dengan rela hati dan ikhlas. Semua pihak perlu memainkan peranan yang penting terutama yang paling hampir dengan mereka iaitu ibubapa dalam mendidik anak-anak muda kerana generasi sekarang lebih terpengaruh dengan elemen-elemen yang tidak sihat.
“Sembahyang merupakan tiang agama”,jika kita tidak menunaikannya tiang agama kita akan goyang seperti rumah yang memerlukan tiang untuk berdiri teguh,jika hilang satu tiang maka akan robohlah rumah itu. Rumah ibarat diri kita dan tiang ibarat pendinding atau penguat kita. Sembahyang sangat penting kerana sembahyang dapat memberi kita ketenangan, kesihatan yang baik dan paling utama adalah supaya kita tidak lupa kepada Allah dan mensyukuri nikmat-Nya.
Semoga peserta dapat mengambil manfaat,menambah ilmu pengetahuan dari program tersebut dan yang paling penting dapat menunaikan solat 5 kali sehari. bak kata pepatah cendekiawan “Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China” kerana ilmu tidak pernah pudar atau mati, depends on people to seek the knowledge.
Aktiviti kedua saya pada 12/3/09, Alhamdulillah saya dapat menghadiri talk Maulidur Rasul yang bertajuk “Malu Rasanya Mangatakan Cinta” oleh Ust. Nabil Ahmad di Main Auditorium,UIAM. Alhamdulillah dari ceramah tersebut saya dapat muhasabah diri saya supaya mendekatkan diri lagi kepada Allah. kadang-kadang apa yang kita lakukan kita tidak sedar perkara tersebut akan melalaikan kita, akan menjauhkan diri kita kepada Allah dan akan melemahkan iman kita. Antara isi-isi yang terdapat dalam talk tersebut adalah sifat-sifat Rasulullah yang patut kita ikuti, firman Allah s.w.t:
لقد كان لكم خلقا رسول الله اسوة حسنة
Sesungguhnya Allah tidak malu untuk membuat perbandingan antara makhluk. Sebagai contoh manusia vs semut.
:)Gula, beras dan minyak. Antara pilihan semut adalah gula,kenapa semut tidak memilih beras atau minyak? kerana Allah telah menetapkan makanan semut adalah makanan yang manis. Ini bermakna semut tidak melakukan perkara yang luar tabi’i walaupun mereka tidak ada akal untuk berfikir.
:)Manakala manusia yang mempunyai akal untuk berfikir telah melakukan perkara di luar tabi’i. Contohnya, perempuan yang merokok, lelaki yang berambut panjang. Ini adalah yang di larang oleh Allah dan tidak dituntut dalam islam.
:)Sejauh mana amalan kita?kita mendapat ilmu tetapi tidak ada petunjuk, ini bermakna kita masih jauh dari Allah. Oleh itu, banyakkanlah amalan-amalan kita di dunia ini seperti bersedekah,solat, amar ma’ruf nahi mungkar.
لقد كان لكم خلقا رسول الله اسوة حسنة
Ketika berlaku perang khandak, para sahabat nabi telah diminta untuk mengorek lubang yang sangat dalam. Apabila selesai mengorek lubang tersebut, para sahabat telah menunggu musuh-musuh tersebut untuk jatuh lubang tersebut. Telah lama menunggu tetapi hasilnya tiada dan bekalan makanan hampir habis. Salah seorang daripada sahabat nabi telah bercadang untuk berjumpa Rasulullah. Apabila sampai mereka bertanya kepada Rasulullah “adakah strategi mereka salah?bekalan makanan kami hampir habis”, lalu Rasulullah berkata : “ sabarlah wahai sahabat-sahabatku”. Lalu Rasulullah telah menunjukkan perut beliau yang diikat dengan batu bagi menahan daripada lapar. Maka para sahabat telah melakukan perkara yang sama untuk menahan lapar. Daripada kisah tersebut dapatlah kita memahami bahawa setiap perbuatan baik yang dilakukan hendaklah bermula daripada diri sendiri kerana orang lain akan mengikutinya dengan ikhlas tanpa bersungut. Pembimbing kita adalah Nabi Muhammad S.A.W dan petunjuk kita adalah Al-Quran.
Antara sifat-sifat Rasulullah s.a.w yang terdapat dalam surah Al-Mu’minun ayat 1-11:
1) Solat dengan khusyu’
Telah diceritakan tentang pengikut Nabi Musa a.s iaitu sepasang suami isteri yang telah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak. Pada suatu hari si suami telah berdoa kepada Allah s.w.t: “Ya Allah jika isteri aku mengandung, aku bernazar kepada-Mu akan aku minum air kencing anjing”. Pada suatu hari,isterinya telah mengandung, alangkah gembira sepasang suami isteri tersebut. Selama 9bulan tersebut,si isteri selamat melahirkan anak tersebut. Dalam kegembiraan tersebut si suami telah lupa akan nazarnya. Suatu hari ketika si suami sedang berjalan di suatu tempat tiba-tiba terdapat seekor anjing di depannya dan anjing tersebut telah kencing di hadapannya. Tanpa disengajakan beliau teringat akan nazar yang belum ditunaikan lalu beliau pergi berjumpa Nabi Musa a.s. Si suami bertanya kepa Musa: “Wahai Musa aku telah bernazar, jika isteriku mengandung aku akan minum air kencing anjing tetapi aku terlalu jijik untuk meminumnya. Bagaimana wahai Musa?”. Lalu Musa berkata: “Tunaikanlah nazarmu. Jika jijik untuk meminum air kencing anjing, kamu pergilah ke hujung tanjung tersebut dan tadahlah air hujan dari bumbung tersebut dan minumlah air itu.”, si suami pelik dengan kata-kata Musa lalu beliau bertanya: “kenapa engkau menyuruhku minum air hujan dari bumbung tersebut?”. Nabi musa berkata: “Sesungguhnya penghuni di rumah tersebut tidak pernah menunaikan solat”.
Daripada kisah tersebut, hendaklah kita menunaikan solat dan janganlah sesekali meninggalkan solat tersebut. Selain itu, khusyuklah solat kerana kita akan dapat menikmati keindahan solat tersebut dan dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
2) Hargai Masa
Allah membenci orang tua berlagak seperti orang muda kerana mereka telah membuang masa dengan masa yang mereka ada untuk beribadah kepada-Nya. Manakala Allah sangat menyukai orang muda yang berfikiran matang kerana mereka memikirkan tentang kehidupan mereka dan melaksanakan tuntutan Allah s.w.t.
Wanita hendaklah menjaga aurat mereka kerana itulah maruah dan harga diri kita. Sebagai contoh ketika zaman Rasulullah s.a.w, pada suatu datanglah ke rumah Rasulullah seorang sahabat Baginda yang buta, lalu Aishah telah membuka pintu untuk beliau tanpa menutup aurat. Apabila Rasulullah melihat Aishah keadaan tersebut lalu Rasulullah memberitahu Aishah: “Wahai Saidatina Aishah sesiapa yang ada di hadapan kamu hendaklah kamu menjaga auratmu walaupun di hadapan kamu itu adalah orang yang buta.”
4) Sempurnakan Amanah
Kepada diri sendiri, keluarga dan umat Islam. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Pastikan orang bersama kita tidak masuk ke syurga” kerana sekecil mana kita memegang amanah atau mengamanahkan kepada seseorang hendaklah ditunaikan. Ini kerana jika seseorang itu tidak menunaikan maka tempatnya adalah di neraka walaupun mereka telah melakukan banyak amalan mulia dan tidak pernah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. Selain itu, menjaga silaturrahim juga merupakan amanah yang perlu ditunaikan sebagaimana Allah s.w.t berfirman: “Tidak akan masuk syurga jika sesiapa tidak menjaga silaturrahim”.
Daripada sifat-sifat Rasulullah dan kisah-kisah teladan yang telah diceritakan, adakah kita telah melaksanakan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah? Layakkah kita untuk mendapatkan cinta Rasulullah? Kajilah diri kita supaya kita mendapat keredhaan dari Allah kerana kita mempunyai iman tetapi kita perlu mengasah iman kita supaya lebih tajam dan mantap. Kalimah cinta bukanlah perkara yang mudah dan bukan mudah untuk mendapatkan cinta. Fikir-fikirkanlah dan muhasabah diri kita supaya kita dapat mengenali diri kita dengan lebih mendalam:).GOOD LUCK!
Posted by nur ruzaini at 10:17 AM 0 comments
Labels: makanan diri
Monday, February 9, 2009
Posted by nur ruzaini at 5:00 PM 0 comments
Labels: didikilmu