MUTIARA KATA

Monday, March 28, 2011

Selamat Bertempur!!

Salam ukhuwwah :), semoga anda semua di bawah lindungan rahmat Allah s.w.t. Peperiksaan sem akhir dah nak mula, kalendar UIA mula 31/3/3011, jadual saya mula 3/4/2011. Sem ni jadual agak rapat xde gap antara subjek..hehe. berderet cam keretapi..hehe. tawakal je la. yang penting baca buku kan?hehe.

Ok lah, Selamat berjuang sahabat2 ku!!semoga kita semua akan berjaya :).

Bittaufik wa najah fil imtihan :).

Tuesday, March 8, 2011

Di Hari Bahagia Sahabatku (^_^)

Salam dan selamat pagi! :) semoga kalian sihat2 selalu :). Kali ini, saya postkan gambar sahabat merangkap family saya..hehe, faham x?xpe la xfaham :). 4/3/2011 hari bersejarah bagi pasangan yang akan diijab kabulkan pada hari tersebut pada jam 5.30 petang. Sebelum diijab kabulkan banyak perkara yang terjadi tapi alhamdulillah dapat berjalan dengan lancar. Adanya wali, adanya pengantin lelaki dan perempuan dan adanya saksi, ijab dan kabul akan berjalan dengan lancar, betul tak? :), walaupun hujan turun dengan lebat, takpe duk dalam masjid tak kena hujan :). Selesai ijab dan kabul, rombongan dari pihak lelaki dijamukan juadah di rumah pihak perempuan. :).
Keesokan hari, acara bersanding bermula pada jam 1petang..saya la pengapitnya..hehe, susah jugak jadi pengapit, kena ikut protokol..hehe. tapi seronok sekurang-kurangnya ada pengalaman jugak :).

Walaupun ada sedikit permasalahan semuanya dalam keadaan tenang, untuk mendapat yang perfect mungkin susah, betul tak?. majlis itu diserikan dengan karaoke, pengantin pun join sekali :).

Ini keluarga saya..hehe. sedara mara pun datang, dah anggap family jadi yang datang pun kena lah family..hehe

Ok lah sampai sini dulu, semoga K.Laily dan A. Jo berbahagia hingga akhir hayat, tempuhi dugaan yang datang dengan sabar dan tenang, semoga cepat dapat anak :). Semoga perkahwinan kalian diberkati dan dilindungi Allah :).

Thursday, March 3, 2011

CA$HFLOW $$

Salam dan selamat pagi semua!semoga kalian sihat sejahtera dan di bawah lindungan-Nya :). Hari ini saya ingin menceritakan tentang aktiviti saya pada hujung minggu lepas. Saya dan sahabat2 saya dijemput untuk menjadi fasi untuk program Cashflow Game pada Ahad 27/2/2011 bertempat di Dewan Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Antara peserta yang terlibat adalah alumni pelajar dari luar negara. Pesertanya bukan remaja tapi dari kalangan aunty2 dan 24 tahun ke atas :).
Hari sebelumnya kami diberi taklimat, melihat dan menyertai adik2 bermain game ni. Game sangat mencabar bagi pesrta yang baru sebab banyak step yang perlu faham. Game ni lebih kurang belanjawan kita dalam kehidupan ada kredit dan ade debitnya. Mula2 bermain dengan budak2 yang daha expert memang pening, mereka terlalu laju, dengan cepatnya mereka boleh melihat benda ape yang boleh beli yang boleh memberi keuntungan kepada mereka, pengiraan mereka juga cekap..hehe.
Perjalanan game ni adalah yang pertama pesrta diminta untuk memilih jawatan yang mereka inginkan, tulis di atas kertas yang disediakan aset dan lialibility yang tertulis pada kad jawatan mereka, mereka diminta untuk meletakkan cheese kat petak impian mereka dan mereka hendaklah bermain sehingga keluar dari kepompong hutang la..huhu. Bak kata orang kuat program Cashflow ini " biar duit bekerja untuk kita, bukan kita bekerja untuk duit" :).

Pada hari kejadian, kami para fasi dimminta untuk menjadi banker kepada peserta2 program. pada hari kejadian tu game cashflow menjadi seronok sebab dah faham cara nak main dan dah pandai nak terangkan kepada peserta step2 permainan..hehe. Untuk master cashflow game ni kena main selalu :). Natijah untuk program ni, kita dapat memahirkan diri dalam subjek matematik dan akaun..hehe. kita akan lebih mahir dalam pengiraan :). dan yang terakhir munkin kita dapat manage kewangan kita apabila kita bermain game ni :)
Sebelum penutup, thank to Kak Nora, Kak Saba dan Kak Sawiah kerana mempercayai kami untuk jadi banker..hehe, thanks Salwa sebab menawarkan kami tuk sertai programni dan thanks kepada muna (sahabat banker..hehe), Naz, Eda dan Izyan :). Thanks jugak kat adik Ain sebab tolong kami explain kat peserta..hehe.