MUTIARA KATA

Friday, October 8, 2010

PESANAN RASULULLAH SEBELUM TIDOR


Salam Jumaat kepada semua pengunjung blog ini, hari ini ingin saya kongsikan ilmu yang saya dapat daripada Facebook yang di 'tag' oleh adik saya :). Ingin saya sampaikan adalah Pesanan Rasulullah Sebelum Tidor.. Ada 4 perkara yang perlu kita lakukan sebelum tidor iaitu:

Rasulullah berpesan kepada isterinya 'Aisyah r.a:

"Ya 'aisyah jangan engkau tidor sebelum melakukan empat perkara, iaitu:
  1. Sebelum khatam Al-Qur'an

  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat

  3. Sebelum para muslim meredhoi kamu

  4. Sebelum kamu melakukan haji dan umrah

Bertanya 'aisyah: "Ya Rasulullah, Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"


Lalu Rasulullah bersabda: "Jika engkau tidor bacalah Surah Al-Ikhlas sebamnyak 3 kali seakan-akan kamu mengkhatamkan Al-Qur'an. Membacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai mu. Perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadat haji dan umrah."

Dapatlah kita lihat bahawa setiap yang kita lakukan ada caranya, ada adabnya, ada kelebihannya...Sunnah Rasulullah adalah sunnah yang terbaik untuk kita turuti :)

wallahuallam (^_^)

0 comments: