MUTIARA KATA

Sunday, April 18, 2010

Apabila Kanak-kanak Bermain Bola Jaring Dan Bola Sepak :)

Sukan PASTI kawasan Serdang 17/4/2010
Bertempat Di Padang Awam Cempaka Komplek PKNS, Bandar Baru Bangi





Sukan PASTI menjadi kenangan kepada saya kerana saya dilantik menjadi pengadil untuk bola jaring :). Pengalaman pertama menjadi pengadil memang menyeronokkan tapi untuk jadi pengadil memang kena ADIL kalau tak tak di panggil PENGADIL, betul x?he3. Pada mulanya saya rasa berat untuk memikul tugas ni tapi fikirkan ini pengalaman pertama saya, saya mencuba juga. Sukan ini hanya dua permainan sahaja iaitu bola sepak dan bola jaring. Tadika ini melibatkan keseluruhan tadika kawasan Serdang. Pelbagai ragam dapat dilihat samada daripada ibubapa,guru, jurulatih dan peserta2 yang bermain.

Mereka dilatih dengan bersungguh-sungguh..walaupun matahari telah naik mereka tetap bersemangat. Gelagat mereka mencuit hati, ade sesetengah daripada mereka yang mula keliru apabila gol mereka berubah baik yang bermain bola sepak atau bola jaring. Cikgu mereka mula menjerit sehingga hilang suara memberi arahan dan menyebut nama anak2 buah mereka. Ada sesetengah daripada cikgu yang mula masuk ke dalam gelanggang. Kami sebagai pengadil mula rasa tidak senang..tapi pengadil ada haknya kami menegur tindakannya. Alhamdulillah sepanjang kami menjadi pengadil tiada bantahan atau pertikaian daripada cikgu mahupun ibubapa seperti tahun lepas. Hehehe..tapi seorang jurulatih bola jaring dari Cheras Perdana mempertikaikan cara pengadilan apabila pengadil terlepas pandang. Hurm..kalau nak ikutkan 100% peraturan memang setiap minit perlu ditiupkan wisel kerana banyak kesalahan. Tapi memang mereka berbakat kerana mereka dilatih dengan bersungguh2 :). Tahniah kepada PASTI Al-Huffaz kerana juara bola jaring, bagi bola sepak saya tidak pasti kontijen yang mane..he3. Yang penting tahniah kepada semua. :)

PASTI yang berjaya akan bertanding di peringkat negeri. SELAMAT BERJAYA!! Sukan PASTI kawasan Serdang telah dirasmikan oleh ADUN Bangi iaitu YB. Dr. Syafie.

Friday, April 9, 2010

Halwa Telinga :)

Wednesday, March 24, 2010

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat & Kala Jengking Neraka



Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

  • Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
  • Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
  • Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Monday, March 22, 2010

EXAM


Selamat Menghadapi Peperiksaan!!
Bitaufiq wannajah fil imtihan!!

Sunday, February 28, 2010

SEPUPUKU



BEDSA SPORT!!

lepas pendaftaran:)
lepas makan tengahari:)

hehehe...rumah oren bersaing ngan umah biru...


Thursday, January 14, 2010

BUKU oh BUKU ^_^


الفيل


رحلة الالوان السبعة


salam sume!!hehe dh lme xmnaip..first posting tuk 2010, buku cerita dalam bahasa arab..buku cerita kanak-kanak tp org besar pn leh baca..hehe. buku yang menarik siap ade gambar yang berwarna lg, mmg mnarik perhatian baik kanak2 @ org besar:). Tajuk pun menarik:).

Tuk cari buku cerita arab ni bknnye senang..slalu jmp yang dalam BM@BI..alhmdllh dapt gak cari..mmg kdai buku tu untuk buku arab je, sume ade..dari buku kanak-kanak hingga orang besar(pelajar&guru). Buku cerita ni akan digunakan dalam kelas nanti..teringat masa sekolah rendah dulu..dalam buku teks arab banyak cerita dan gambar..memudahkan lagi kita faham:). Syukran mualim2 & mualimah2 yang telah mengajar ana:). Hanya Allah dapat membalas jasa kalian sume:). Ops! sblm mengakhiri post ni:) thanks muna pinjamkan kamera tipon..:D.klu xde kamera tu xdela gambar, ade cerita je..:D.