Salam semua!dah lama tak menulis..rindu rasanya..hehe. Alhamdulillah hari ni dapat saya mencoretkan sedikit aktiviti - aktiviti yang telah saya sertai. okay la, coretan pertama saya adalah lawatan saya ke Gontor, Ponorogo dan Mantingan di Indonesia. Saya bersama sahabat - sahabat serta pensyarah iringan seramai 3 orang telah terbang ke Indonesia pada 18/6/2011 jam 10.30 pagi. Kami mendarat di Lapangan Terbang Solo pada jam 12 tengahari pada hari yang sama. Kami disambut oleh ustaz - ustaz dari Gontor 1, Ponorogo. Perjalanan kami dari lapangan terbang ke Ponorogo mengambil masa 5 jam perjalanan. Tibanya kami di Wisma Darussalam (tempat penginapan) pada jam 10 malam. Kagumnya saya bila tibanya di sana, kagum dengan suasana sekolah. Suasana di Ponorogo seperti suasana kampung di Malaysia. Memang seronok, udara yang segar..malam udara yang sejuk, siang walaupun panas tapi angin yang sejuk. Kami di sana selama 10 hari iaitu 7 hari di Gontor lelaki 1 dan 3 hari di Gontor perempuan 1. Okaylah cukup untuk coretan persekitaran di Gontor.
Universiti Darussalam
Gontor Perempuan 1
Sekarang kita masuk dalam sekolah pulak iaitu Pondok Modern Darussalam. Saya kagum dengan sistem pendidikan di sana. Sistem pendidikan di sana menitik beratkan tentang penguasaan bahasa, agama dan kejujuran dan keikhlasan pelajar di sana. Bahasa yang mereka tekankan adalah Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris tetapi untuk perbualan harian, mereka lebih menekankan bahasa Arab. Sesiapa yang bercakap bahasa lain selain bahasa arab dan bahasa Inggeris akan di denda. Selain itu juga, pelajar yang masuk di sana adalah pelajar yang sama taraf tiada keistimewaan yang mereka dapat walaupun mereka daripada keluarga yang berpangkat tinggi. Semua kerja dilakukan oleh pelajar sendiri daripada mengutip sampah sampailah menjadi guru kepada pelajar- pelajar di pondok tersebut.
Ust -ust yang menjemput kami di lapangan terbang Solo
Selain itu juga, pondok tersebut telah mendirikan universiti mereka sendiri iaitu Universiti Darussalam. Universiti tersebut juga mengasingkan lelaki dan perempuan. pelajar universiti tersebut adalah pelajar - pelajar dari ponok modern itu sendiri kerana mereka mempunyai penilaian sendiri dalam membuat tesis dan aktiviti di luar kampus. Mengikut kata - kata daripada pihak universiti itu sendiri mereka pernah mengambil pelajar dari luar tetapi tahap penguasaan mereka dalam bahasa menyebabkan mereka tidak dapat mengikut tahap penilaian pihak universiti tersebut. Oleh itu, mereka mengambil pelajar daripada pondok itu sendiri.
Jarak antara Gontor lelaki dan perempuan mengambil masa 2 1/2 jam. Gontor perempuan 1 dan universiti Darussalam (P) berkongsi tempat, berbeza dengan Gontor lelaki 1. Gontor lelaki 1 ialah pondok utama.
Di sana juga mereka mempunyai aktiviti kokurikulum. Badan beruniform mereka adalah Pengakap. Aktiviti koko mereka antaranya gimnastik, bola keranjang, bola sepak, muzik dan sebagainya.
Okayla, sampai sini dulu ye..ops! sebelum tu terima kasih kepada ust. Eko, ust. Imam, Ust. Nabhan, ust. Ihsan dan sahabat - sahabat mereka yang banyak membantu dan menerangkan kepada kami sepanjang kami di sana :).