MUTIARA KATA

Saturday, February 19, 2011

PARAMEDIC EXPLORACE :)


Selepas habis explorace, saya dan Muna..walaupun tak satu kumpulan tapi tetap bersatu..hehe. kumpulan Muna dapat no3 =)


Salam ceria sahabat- sahabat sekalian, moga anda berada dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat dari-Nya. Bagi sahabat yang sedang diuji oleh Allah semoga kalian tabah menghadapinya dan banyakkan bersabar :). Allah sentiasa bersama kita.:)

Okeylah, jom kita menjelajah satu UIA pulak..hehe. Ops!sebelum itu kena cerita sikit mukaddimah program ni..hehe. Pada tarikh 13/2/2011, telah berlangsung satu program yang dinamakan "Paramedic Explorace", program ini adalah memenuhi syarat penilaian. Program ini adalah dibawah subjek First Aid Skill 2. Group kami adalah percubaan pertama bagi semester ini, sebelum ni hanya aktiviti dalam kelas sahaja. Explorace ini melibatkan semua pelajar yang ambil subjek ni. Pertama kali mendengar akan ada aktiviti luar sangat teruja sebab tak nak buat pembentangan..hehe. Yela dalam kuliah pun kena buat pembentangan juga, agak membosankan, bila aktiviti kokurikulum nak jugak aktiviti yang lain dari yamg lain kan?betul tak?hehe. Okeyla, explorace kami bermula pada jam lebih kurang 10pagi, terdapat 16 kumpulan. Kami semua diberi silang kata untuk menjawab sebelum berlepas ke check point yang pertama. Sebelum bermula trainer kami Bro. Amran memberi sedikit taklimat tentang perjalanan program ni dan check point yang ada..hehe. Check point pertama kami adalah di hadapan perpustakaan, kami diminta membuat CPR secara serentak, alhamdulillah kami lepas dan dapat menjawab soalan dengan baik.

Check point kedua. kami diminta untuk ke Cafe Mahallah Ruqayyah, sebelum tu kami ke cafe AIKOL sebab kami tak terfikir luar dari kuliyyah kami kena explore..huhu. Memang jauh perjalanan kami hanya dengan berjalan kaki, kami diminta menjawab soalan sebelum membuat praktikal, selepas menjawab soalan dari sister di tangga kami ke kafe untuk membuat praktikal chocking(tercekik), memang kami dah tak terdaya nak tekan perut abang Charlie(nama patung tu..hehe) hanya mampu dilakukan back slap..tq Bro. Salihin kerana membantu kami masa chocking..hehe. tapi baby Anne senang je hanya tunjukkan cara sahaja..huhu.


Check point ketiga, kami diminta untuk ke Female Sport Complex berhampiran dengan kolam renang, di situ kami diminta untuk membuat fracture(kepatahan). membalut apa yang patut dan mengingat istilah2 anggota badan. Alhamdulillah kami berjaya melakukannya tanpa dikenakan penalti.


Check point keempat, kami diminta pergi ke tempat parking bas berhampiran Educare. di sana kami diminta untuk membantu mangsa pendarahan(minor and major bleeding). Step untuk wound kami lupa..hehe yela kan subjek masa skill 1..hehe.


Check point kelima, kami diminta ke Kafe Education, di sana kami diminta untuk melengkapkan puzzle, mmg mencabar, kami tak dapat menyelaraskan IQ kami untuk menyambung puzzle tu..hehe. kami dikenakan penalti 20minit..huhu. redha je la, memang rasa dah tak larat sangat dah.


Check point Keenam, sebenarnya kami tinggal tapi tak sengaja, al-kisahnya, kami mendapat klu tapi kami faham klu tu adalah tempat berkumpul semula kami di HS Square, kami memberi semua kad kepada Bro.Amran pastu dia cakap check point tak cukup kami terkejut kami rasa dah ckup pastu dia cakap, kami mesti ke Male Sport check point terakhir, TIDAK!!! kami tak sanggup lagi nak jalan sebab jarak antara HS Square dengan Male Sport Complex jauh..uhuh. Alhamdulillah Bro. tu cakap takpela..hehe lega kami.


Keputusan explorace ni kami tak dapat top 3 tapi bukan kami la yang terakhir..hehe. Seronok sangat sebab dapat refresh balik subjek yang belajar masa skill 1, dapat mencergaskan badan sebab dah lama tak jogging..hehe. Yang penting sekali, semangat berpasukan dan kerjasama mesti ada! =).

Saturday, February 12, 2011

Jalan2 :)


Salam Maulidur Rasul :)..walaupun blum sampai tarikhnya nk bg ucapan awal supaya kite sentiasa ingat akan nabi kita iaitu Rasulullah s.a.w. Hari ni rasa gembira dan suka..hehe, dapat jumpa ngan sahabat merangkap kakak yang bernama kak laily =). Alhamdulillah Allah mempermudahkan perjalanan kami untuk bertemu hari ini di Seremban setelah sekian lama merancang untuk bertemu :). Seronok sangat kami dapat berkongsi cerita yang sekian lama menyimpan..hehe. Walaupun pertemuan yang singkat tapi bermakna bagi kami :). Semoga kite dapat bertemu lagi =)

Friday, February 11, 2011

CINTA


Salam Jumaat, semoga kalian mendapat cinta dari-Nya :). Hari yang mulia ini, ingin saya kongsikan sedikit rasa cinta yang dikatakan "CINTA". Faham tak?hehe..saya tertarik dengan penulisan rakan sy di FB Khalifah Love tentang cinta. Ada 8 pengertian cinta yang tertulis di dalam Al-Qur'an:
  1. Cinta Mawaddah
  2. Cinta Rahmah
  3. Cinta Mail - cinta sementara yang sangat membara
  4. Cinta Syaghaf - cinta yang mendalam
  5. Cinta Ra'fah - cinta yang kasih sayang mengalahkan norma kebenaran
  6. Cinta Shobwah - cinta buta
  7. Cinta Syauq - cinta berkaitan rindu
  8. Cinta Kulfah - cinta yang disertai dengan kesedaran mendidik kepada hal-hal yang positif
Boleh la rujuk kat website ni untuk pemahaman yang lebih jelas :).
http://www.scribd.com/doc/46529804/8-Pengertian-Cinta-Dalam-Al-Quran
Cintalah kepada Allah akan kekal selamanya :)