Tanggal 23/10/2010 bermula perjalanan pakcikku ke Tanah Suci untuk menunaikan haji bersama isterinya dan para jemaah yang lain.. semoga mendapat haji yang mabruk :) insyaAllah. Kami sekeluarga menghantar pakcikku ke Kelana Jaya selepas mengambilnya di KLIA dari Kelantan... seronok sangat bila dapat menghantar orang yang nk g haji. (bila dah besar ni kali pertama dapat pergi Kelana Jaya hantar org pergi haji :)). MUTIARA KATA
Thursday, October 28, 2010
لبيك اللهم لبيك
Tanggal 23/10/2010 bermula perjalanan pakcikku ke Tanah Suci untuk menunaikan haji bersama isterinya dan para jemaah yang lain.. semoga mendapat haji yang mabruk :) insyaAllah. Kami sekeluarga menghantar pakcikku ke Kelana Jaya selepas mengambilnya di KLIA dari Kelantan... seronok sangat bila dapat menghantar orang yang nk g haji. (bila dah besar ni kali pertama dapat pergi Kelana Jaya hantar org pergi haji :)). Posted by nur ruzaini at 8:20 PM 2 comments
Labels: keluarga
Monday, October 18, 2010
SYAFAKALLAH (^_^)
Posted by nur ruzaini at 9:18 PM 0 comments
Labels: kawan-kawan
Friday, October 8, 2010
PESANAN RASULULLAH SEBELUM TIDOR
- Sebelum khatam Al-Qur'an
- Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat
- Sebelum para muslim meredhoi kamu
- Sebelum kamu melakukan haji dan umrah
Bertanya 'aisyah: "Ya Rasulullah, Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Lalu Rasulullah bersabda: "Jika engkau tidor bacalah Surah Al-Ikhlas sebamnyak 3 kali seakan-akan kamu mengkhatamkan Al-Qur'an. Membacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai mu. Perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadat haji dan umrah."
Dapatlah kita lihat bahawa setiap yang kita lakukan ada caranya, ada adabnya, ada kelebihannya...Sunnah Rasulullah adalah sunnah yang terbaik untuk kita turuti :)
wallahuallam (^_^)
Posted by nur ruzaini at 1:53 PM 0 comments
Labels: makanan diri
Sunday, October 3, 2010
Rumah Terbuka
Posted by nur ruzaini at 11:20 PM 3 comments
Labels: rumah terbuka
Wednesday, September 8, 2010
SALAM AIDILFITRI
Selamat hari raya kepada semua pengujung blog ni...berbelanja la sekadar sahaja dan balik kampung hati2 :).
Posted by nur ruzaini at 11:54 PM 0 comments
Labels: Greeting:)
Wednesday, August 18, 2010
BILA ALLAH MENDUGA KITA 2
Posted by nur ruzaini at 10:40 AM 0 comments
Labels: cerita
Tuesday, August 17, 2010
SAHABAT
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.
Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
Posted by nur ruzaini at 9:58 AM 0 comments
Labels: sajak


