MUTIARA KATA

Tuesday, October 2, 2012

Pelajar-pelajarku 4D

Assalamualaikum dan selamat tengahari, semoga dalam keadaan sihat dan dalam lindungan-Nya. Alhamdulillah kita masih diberi oksigen untuk bernafas di dunia ini bagi melakukan perintah yang Maha Esa. Semoga Allah melindungi kita semua :). Alhamdulillah, hari ini selesai satu pemantauan untuk pensyarah yang ke- 2. Sepatutnya semua pelajar terlibat dengan solat hajat untuk pelajar PMR, atas jasa baik penolong kanan dan kesibukan pensyarah saya kelas 4D dikecualikan dari pukul 8-9pagi, Alhamdulillah :).

Dalam keadaan yang bimbang sebab baca sekali lalu je tanpa memikirkan step2 yang baik. Alhamdulillah dapat membuat dengan baik tanpa rasa bimbang. pelajar-pelajar pun memberi kerjasama yang baik. Kali ini saya lebihkan kepada aktiviti berkumpulan bagi mengelakkan mereka berasa bosan dan cepat mengantuk. Kelas yang periang dan aktif sesuai untuk membuat kerja berkumpulan supaya mereka dapat mencurahkan idea ditempat yang betul. Selain itu, mereka dapat berfikiran kritis dan kreatif. Keadaan kelas yang terkawal menyebabkan saya rasa selesa dan mereka juga berasa selesa apabila membentangkan hasil mereka dihadapan kawan-kawan walaupun pensyarah ada di belakang :). Kelas 4D paling kerap saya ambil untuk guru pembimbing dan pensyarah membuat pemantauan :). 

Pelajar-pelajar 4D mula pandai menggunakan fikiran dalam menjawab soalan-soalan yang diajukan tanpa terikat dengan buku teks. Mereka berbincang sesama mereka dan setiap ahli kumpulan mengeluarkan idea bagi memantapkan lagi hujah mereka.


Terima kasih 4D, semoga kalian menjadi pelajar yang cemerlang, pelajar yang soleh solehah dan pelajar yang taat kepada Allah,ibubapa dan agama. Semoga kalian dapat menyambung puzzle ini, dengan usaha yang gigih dan mendapat keberkatan daripada Allah dan ibubapa :).

1 comments:

NUR said...

Baiknya hati cikgu