MUTIARA KATA

Tuesday, August 17, 2010

DUGAAN & CABARAN


Dugaan, cabaran dan ujian dari Allah adalah satu perkara yang kita tidak boleh lari untuk menghadapinya sebagai hamba-Nya. Tetapi setiap dugaan, cabaran dan ujian ini ada hikmah dan nikmat disebaliknya yang kita tak dijangka, cuma cepat atau lambat saja untuk kita kecapinya.. (^_^). Tidak sekali-kali untuk kita mengeluh setiap perkara yang menimpa diri kerana setiap perkara yang diberi oleh Allah sebenarnya mampu untuk kita hadapi. Ya..itu yang patut kita syukuri :). Tergerak di hati saya untuk berkongsi cerita tentang seorang sahabat yang telah lama berkongsi suka dan duka. Hari ini 17/8/2010, hari pertama beliau mendaftar diri dalam sektor kerajaan. Selama 3tahun beliau menunggu untuk mendapatkan kerja yang terbaik, pelbagai dugaan, cabaran dan ujian telah beliau tempuhi. Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan, beliau telah mendapat hasilnya pada hari ini. Insan ini yang ku panggil kak Laily (^_^). Semoga setiap perkara yang akak lakukan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t dan semoga apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa!!

Selamat menyambut bulan Ramadhan (^_^) !! semoga sam-sama kita mendapat keberkatan dalam bulan yang mulia ini..amiiin:)

Sunday, August 8, 2010

Remaja: Kerana Dirimu Begitu Berharga...

Assalamualaikum :). semoga anda ceria2 slalu (^_^). Program "Remaja: Kerana Dirimu Begitu Berharga.." yang dianjurkan oleh SMK Jalan Bukit Kajang & Penggerak Belia Tempatan MPP Zon22 bertempat di SMK Jalan Bukit Kajang. Program yang sangat menarik ini dihadiri oleh pelajar perempuan ting.4&5 selama 2hari 1malam. Antara pengisian selama 2hari ini ialah Kenali Diri, Seindah Mawar Berduri dan Sayangi Diri. Aktiviti yang sempoi dan relaks :). Menariknya program ini, kami telah melakukan Qiamullail di luar surau, udara yang segar dan dingin..menikmati ciptaan Allah s.w.t. 8 orang fasilitator yang terlibat serta k.farah dari IU SMART Consultant selaku penceramah dalam program ini.
Program ini telah menyentuh perasaan saya tapi bukan bermaksud terguris. Adik2 yang telah menyertai program ini adalah insan yang terpilih yang telah dipilih oleh Allah. Mereka diberi motivasi,kesedaran, semangat dan keyakinan terutama bagi pelajar ting. 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM tahun ini :). Antara slot yang menyentuh perasaan ialah Sayangi Diri, mereka diminta untuk meluahkan perasaan di atas kertas. Luahan yang mereka pendam selama ini yang xpernah orang lain ketahui. Alhamdulillah mereka telah meluahkan dan melepaskannye sepenuh hati.okaylah sampai sini dulu..ni antara fasi dan ajk yang terlibat :).terima kasih semua!!nik, k.ida, k.kinah, intan, lina, ustazah, k.farah and the gang, nada, k.long, k.dian, k.muni, k.ayu.
Untuk adik2 akak jadilah mawar yang berduri, realisasikan matlamat yang telah adik2 sematkan.
Maju ke hadapan, yang dulu dijadikan iktibar dan semangat untuk maju ke hadapan!! GOOD LUCK in your SPM - Ain,Zaty, Izzah, Nazwal dan Anisa (^_^).

Monday, August 2, 2010

SOAL HATI (^_^)



اللهم يا مصرف القلوب صرف قلوبنا على طاعتك


" Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada Mu" (riwayat Muslim)

Menarik kan tajuk entry ni? hehe..apa yang anda fikirkan bila orang mengutarakan soal hati? macam2 pendapat kan?..ok lah hari ini saya nak berkongsi dengan anda tentang hati tapi bukan berkenaan dengan soal perasaan...ia berkaitan dengan seketul hati yang sepatutnye kita jaga dengan sebaik mungkin sebab setiap yang kita lakukan bermula dari hati atau ayat mudahnya yang selalu kita gunakan adalah niat di hati (^_^).

Baiklah, di sini saya nak senaraikan jenis-jenis hati :

  • Qalbun Sahih - Hati yang bersih, sihat dan bebas dari gangguan syaitan.
  • Qalbun Mayyit - Hati yang mati sehingga tidak akan mengenal Penciptanya.
  • Qalbun Maridh - Hati yang sakit

Saya harap kita akan tergolong dalam jenis yang pertama :)

Sekarang ni saya nak senaraikan 4 kunci jaga hati:

  • Menjaga perut dengan berpuasa sunat
  • Menjaga mata dengan mengelak melihat perkara yang haram
  • Menjaga kemaluan dengan mengelak pergaulan dengan bukan mahram
  • Menjaga lidah dengan menggunakan lidah untuk berdakwah

Marilah sama-sama kita menjaga hati dan ingat-mengingati :)

Sunday, July 11, 2010

Bermula....


Esok 12/07/2010 bermula semester baru..semakin lama semakin mencabar subjek yang diambil..risau pun ada..aku harap aku dapat mencapai matlamat untuk semester ini..insyaallah:). Aku akan menyambung puzzle merah tu:). Untuk sahabat2ku semoga berjaya untuk semester ini!!!! (^_~)

Friday, July 9, 2010

Luahan Rasa: Manis,Pahit atau Masam

Ermm...apa kaitan dengan tajuk kat atas tu ye? kadang-kadang apa yang kita fikirkan dan luahkan tidak sama apa yang difikirkan oleh orang lain. Bak kata orang rambut sama hitam tapi hati lain2..yela mana ada orang berkongsi hati (kecuali pesakit dan penderma hati). Kadang-kadang kita dapat rasa apa yang orang lain rasa...ermm, mereka yang paling rapat dengan kita.
Manisnya rasa bila kita dan orang disekeliling kita gembira, bahagia.
Pahitnya rasa bila hubungan kita dengan orang disekeliling menjadi renggang atau xde aura kot..hehe.
Masamnya rasa bila manis dan pahit tidak terasa..hehe. Ada jugak macam tu :) sometimes :).
Semoga insan2 yang ku sayangi sentiasa dilindungi ALLAH.:)

Thursday, July 8, 2010

SMART PARENTING: Lessons from World Cup


Tajuk yang sangat menarik!!
"Smart Parenting:Lessons from World Cup" artikel ini ditulis oleh Zaid Mohamad. Artikel ini sangat menarik kerana beliau menghubungkaitkan antara kehidupan dalam berkeluarga dengan perlawanan bola sepak yang berlangsung selama sebulan ini atau lebih dikenali "World Cup".
Antara pembelajaran yang beliau kaitkan adalah:

1) Teamwork
2) Attack and Secure
3) Discipline
4) Be Confident with Our Ability
5) With Hard work, Knowledge and The Right Attitude, nothing is Impossible

" Keep going until the final whistle is blown if it is not able to score early goal, a winning team knows that the game is not over until the final whistle is blown." Bak kata pepatah Melayu " Alang-alang menyelup pekasam biar sampai ke hujung lengan".
Setiap perkara yang kita lakukan biarlah sampai ke penghujungnya, tidak cepat berputus asa dan sentiasa berusaha memperbaiki setiap kekurangan yang ada dalam diri kita.

sources: www.nst.com.my