MUTIARA KATA
Sunday, May 30, 2010
BILA ALLAH MENDUGA KITA
Posted by nur ruzaini at 11:13 PM 6 comments
Labels: cerita, makanan diri
Sunday, April 18, 2010
Apabila Kanak-kanak Bermain Bola Jaring Dan Bola Sepak :)
Sukan PASTI menjadi kenangan kepada saya kerana saya dilantik menjadi pengadil untuk bola jaring :). Pengalaman pertama menjadi pengadil memang menyeronokkan tapi untuk jadi pengadil memang kena ADIL kalau tak tak di panggil PENGADIL, betul x?he3. Pada mulanya saya rasa berat untuk memikul tugas ni tapi fikirkan ini pengalaman pertama saya, saya mencuba juga. Sukan ini hanya dua permainan sahaja iaitu bola sepak dan bola jaring. Tadika ini melibatkan keseluruhan tadika kawasan Serdang. Pelbagai ragam dapat dilihat samada daripada ibubapa,guru, jurulatih dan peserta2 yang bermain. Mereka dilatih dengan bersungguh-sungguh..walaupun matahari telah naik mereka tetap bersemangat. Gelagat mereka mencuit hati, ade sesetengah daripada mereka yang mula keliru apabila gol mereka berubah baik yang bermain bola sepak atau bola jaring. Cikgu mereka mula menjerit sehingga hilang suara memberi arahan dan menyebut nama anak2 buah mereka. Ada sesetengah daripada cikgu yang mula masuk ke dalam gelanggang. Kami sebagai pengadil mula rasa tidak senang..tapi pengadil ada haknya kami menegur tindakannya. Alhamdulillah sepanjang kami menjadi pengadil tiada bantahan atau pertikaian daripada cikgu mahupun ibubapa seperti tahun lepas. Hehehe..tapi seorang jurulatih bola jaring dari Cheras Perdana mempertikaikan cara pengadilan apabila pengadil terlepas pandang. Hurm..kalau nak ikutkan 100% peraturan memang setiap minit perlu ditiupkan wisel kerana banyak kesalahan. Tapi memang mereka berbakat kerana mereka dilatih dengan bersungguh2 :). Tahniah kepada PASTI Al-Huffaz kerana juara bola jaring, bagi bola sepak saya tidak pasti kontijen yang mane..he3. Yang penting tahniah kepada semua. :) PASTI yang berjaya akan bertanding di peringkat negeri. SELAMAT BERJAYA!! Sukan PASTI kawasan Serdang telah dirasmikan oleh ADUN Bangi iaitu YB. Dr. Syafie.
Posted by nur ruzaini at 11:26 AM 1 comments
Labels: cerita
Friday, April 9, 2010
Wednesday, March 24, 2010
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat & Kala Jengking Neraka
_copy.jpg)
- Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
- Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
- Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."
Posted by nur ruzaini at 4:22 PM 0 comments
Labels: muhasabah diri






