MUTIARA KATA

Sunday, October 28, 2012

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA



Salam Aidiladha kepada semua umat Islam seluruh Malaysia :). Kepada sahabat-sahabat handai, sahabat-sahabat blogger dan yang mengenali diri ini :). 

Monday, October 15, 2012

Minggu Terakhir

Assalamualaikum semua! selamat tengahari! :). Sambil nak tunggu masa balik ni, saya  nak bercerita hehe :). Minggu ni adalah minggu terakhir saya kat SMK Taman Keramat, selama 4 bulan saya di sekolah ni untuk praktikal. Macam-macama pengalaman, ragam pelajar-pelajar yang macam-macam ragam, kadang-kadang pening tengok gelagat dorang, kelakar pun ada :). hehe..lumrah menjadi seorang guru :). Tak ketinggalan juga gelagat guru-guru :). Semuanya akan menjadi kenangan terindah di SMK Taman Keramat. Tak lupa kepada Puan najwa..hehehe sahabat perjuangan, datang sekolah sama-sama walaupun datang berasingan..hehe susuah senang bersama InsyaAllah :).


Okaylah sampai sini dulu, nnti tulis lain lagi :). selamat menjamu selera :).

Friday, October 12, 2012

KEKUATAN DAN SEMANGAT

Assalamualaikum semua, semoga pagi Jumaat ni memberi barakah dan keceriaan kepada kita semua :). Hari ini tersangatlah free, relief pun tak dapat, yela pelajar yang datang sekolah pun tak ramai kan..hehe.. Datang dekat sikit, saya nak cerita tentang semangat dan kekuatan. Ada kaitan tak??? Mestilah ada, ke ada yang jawab takda? Takpa2 mai sini nak cerita :). Semangat dan kekuatan ni saling perlu memerlukan antara satu sama, ibarat sahabat yang memerlukan antara satu sama lain dalam meluahkan rasa dan tolong menolong :). ya...Apabila kita mempunyai semangat secara tak langsung akan terbitlah kekuatan, apabila sudah terbit kekuatan akan jelmalah usaha yang akan kita cuba usahakan untuk mendapatkannya dan hasil yang baik :). Berusaha dalam mencapai sesuatu yang kita impikan. Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian marilah kita sama-sama berusaha untuk mencapai sesuatu yang memberi kebaikan kepada kita pada masa sekarang dan untuk masa hadapan :). TAPI ingatlah perkara yang kita impikan mestilah halal dan tidak membebankan diri dan orang disekeliling :).

"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir"

Thursday, October 11, 2012

CERITA (^_^)

Assalamualaikum dan selamat pagi :), di pagi yang mulia ini semoga kalian dalam keadaan sihat dan diberkati Allah s.w.t. Dah lama tak buat entri baru kan??? hehehe..sekarang tengah relaks sebab pelajar-pelajar tingkatan 4 dicutikan memberi peluang kepada pelajar PMR menduduki peperiksaan :) (ayat tu saya kawan saya pinjam kejap :)). Pelajar tingkatan 4 hanya datang apabila mereka terlibat dengan exam sahaja :). Minggu ni sangatlah free sebab minggu ni hanya subjek elektif je yang exam :). Sampai naik bosan saya duduk kat bilik guru, nak buat apa-apa pun rasa serba tak kena. Rasanya lebih baik ada pelajar kot..hehehe( konon tunjuk rajin nak masuk kelas..hehe). mana taknya, duduk kat bilik guru ni asyik rasa nak tidor je, kadang-kadang curi tidor jugak..hehe. Takpelah minggu depan minggu terakhir praktikal, rasa sayang pulak nak tinggal pelajar-pelajarku ni, walaupun mereka banyak kerenah tapi sebenarnya ia membahagiakan dan memberi banyak pengalaman tentang kehidupan realiti :). Alhamdulillah, saya dapat merasai semua ni apabila saya praktikal..takdela rasa duk bawah tempurung dengan katak..hehe (faham tak maksudnya?katak dibawah tempurungla :)). Semoga mereka semua cemerlang dalam peperiksaan, cemerlang di dunia dan di akhirat.



Tuesday, October 2, 2012

Pelajar-pelajarku 4D

Assalamualaikum dan selamat tengahari, semoga dalam keadaan sihat dan dalam lindungan-Nya. Alhamdulillah kita masih diberi oksigen untuk bernafas di dunia ini bagi melakukan perintah yang Maha Esa. Semoga Allah melindungi kita semua :). Alhamdulillah, hari ini selesai satu pemantauan untuk pensyarah yang ke- 2. Sepatutnya semua pelajar terlibat dengan solat hajat untuk pelajar PMR, atas jasa baik penolong kanan dan kesibukan pensyarah saya kelas 4D dikecualikan dari pukul 8-9pagi, Alhamdulillah :).

Dalam keadaan yang bimbang sebab baca sekali lalu je tanpa memikirkan step2 yang baik. Alhamdulillah dapat membuat dengan baik tanpa rasa bimbang. pelajar-pelajar pun memberi kerjasama yang baik. Kali ini saya lebihkan kepada aktiviti berkumpulan bagi mengelakkan mereka berasa bosan dan cepat mengantuk. Kelas yang periang dan aktif sesuai untuk membuat kerja berkumpulan supaya mereka dapat mencurahkan idea ditempat yang betul. Selain itu, mereka dapat berfikiran kritis dan kreatif. Keadaan kelas yang terkawal menyebabkan saya rasa selesa dan mereka juga berasa selesa apabila membentangkan hasil mereka dihadapan kawan-kawan walaupun pensyarah ada di belakang :). Kelas 4D paling kerap saya ambil untuk guru pembimbing dan pensyarah membuat pemantauan :). 

Pelajar-pelajar 4D mula pandai menggunakan fikiran dalam menjawab soalan-soalan yang diajukan tanpa terikat dengan buku teks. Mereka berbincang sesama mereka dan setiap ahli kumpulan mengeluarkan idea bagi memantapkan lagi hujah mereka.


Terima kasih 4D, semoga kalian menjadi pelajar yang cemerlang, pelajar yang soleh solehah dan pelajar yang taat kepada Allah,ibubapa dan agama. Semoga kalian dapat menyambung puzzle ini, dengan usaha yang gigih dan mendapat keberkatan daripada Allah dan ibubapa :).

Friday, September 21, 2012

Pelajar-pelajarku 4B

Assalamualaikum semua!!! :), di hari Jumaat yang mulia ini marilah sama2 kita memanjatkan kesyukuran kerana kita diberi peluang menikmati rahmat Allah s.w.t. Semoga kalian dalam keadaan sihat dan diberkati Allah :). Okaylah, sambil menunggu masa untuk balik, saya nak coretkan satu kisah tentang pelajar-pelajar saya 4B. Gelagat mereka yang membuatkan saya mengimbau zaman sekolah dulu :) hehe. Okay, perkara-perkara @ agenda yang terdapat dalam kelas tersebut menyebabkan saya teringat masa sekolah dulu ialah :

  1. Nama kelas mereka adalah sama iaitu 4B
  2. Pelajar2 lelaki yang duduk dibahagian depan suka bertanya sama dengan gang Z
  3. Pelajar2 lelaki yang duduk dibahagian belakang yang membuat hal sendiri sama dengan geng S
  4. Pelajar2 perempuan yang duduk dibahagian depan yang suka bertanya sama dengan gang H
  5. Pelajar2 perempuan yang duduk dibahagian belakang yang agak diam sama dengan gang kami..hehe
Ada 5 persamaan, memang mengimbau kenangan dulu hehe.. rasa nak pergi sekolah balik, nak manfaatkan balik apa yang tak dimanfaatkan hehe. Kelas 4B agak sopan santun sedikit, hehehe diam buat hal sendiri. Hari ini saya paksa mereka buat latihan dan hantar, tiada kompromi hahaha semua wajib hantar :). Saya doakan semoga kalian menjadi insan yang soleh dan solehah :)


Tuesday, September 11, 2012

pelajar pelajarku 4F

Assalamualaikum semua!!! hehe.sambil menunggu masa untuk mula jamuan, saya mengisi masa entri yang baru.( tak buat apa-apa, ingat makan je..hehe). Hari ini, guru pembimbing saya masuk untuk cerap saya..hehe, saya minta ustaz masuk kelas 4F :). Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, ada pincang- pincang sikit akan dibaiki dengan lebih baik. Okay, terus pada perbualan yang utama, saya hendak bercerita tentang pelajar kesayangan saya 4F. Alhamdulillah mereka memberi kerjasama yang baik, rasa nak tergelak je..nakal-nakal mereka pun, mereka boleh memberi kerjasama yang baik :) Alhamdulillah. 


Keterujaan saya adalah mereka memberi kerjasama yang baik, mereka boleh menjawab soalan dengan baik, memberi tindak balas yang baik. Dalam saya menyuruh mereka menulis dihadapan, saya terfikir bukan mereka tidak boleh, bukan tidak pandai tapi kerajinan mereka menentukan mereka hebat atau tidak.. Terima kasih pelajar- pelajar 4F kerana memberi kerjasama yang baik :).

Okay nak pergi jamuan dah Assalamualaikum :).

Thursday, September 6, 2012

Pelajar-pelajarku :)

Assalamualaikum w.b.t, semoga para pembaca blog saya dalam keadaan dan dirahmati Allah Amiin :). Alhamdulillah, dapt jugak saya membuat entri yang baru. jika dilihat senarai entri saya boleh dikatakan 1 bulan 1 entri..hehe. bukan malas nak buat tapi masa untuk menulis tak ada :(. Untuk menunggu masa balik dari sekolah ini, saya nak postkan satu cerita tentang anak murid saya..hehe. Bukan nak bercerita perkara-perkara yang negatif tapi menceritakan gelagat mereka :). 3 kelas yang saya mengajar, masing-masing mempunyai perangai tersendiri. Kadang-kadang nak tergelak pun ada, rasa terhibur pun ada, rasa-rasa geram pun hilang juga tekanan melihat gelagat mereka :). 

Kita bermula dengan kelas 4B, kelas yang saya perlu berfikir secara kreatif sebab masa ngajar untuk kelas 4B adalah 3masa, masa hujung untuk balik. Alhamdulillah seronok mengajar mereka, untuk kelas mereka saya lebihkan aktiviti dalam kumpulan dan pembentangan. Petang-petang begini lebih elok membuat aktiviti bagi otak mereka cergas :). Tapi kadang-kadang saya tak faham tingkah laku mereka samada mereka suka dengan aktiviti macam tu atau tak, mereka lebih kepada diam..erm, kadang2 rasa mengajar dengan meja dengan kerusi hahahaha..(agak2 cikgu2 lain ada perasaan macam tu tak?hehe).

Ok kelas 4D pula, erm..kelas ni agak bising lelakinya..kena pandai tarik mereka tapi..erm itulah namanya pelajar, ada yang memberi perhatian. Kelas ni ada mempunyai ilmu agama yang lebih maksudnya belajar agama dengan ustaz di luar atau menimba ilmu daripada keluarga sendiri. Kelas 4D ni pun saya banyak buat aktiviti kumpulan, Alhamdulillah memberi kerjasama yang positif :).

Last class, 4F kelas yang saya suka masuk hehehe.. walaupun mereka nak belajar ikut mood saya cuba tarik minat mereka, kelas mereka saya banyak memberi nota daripada membuat aktiviti..saja nak dera mereka hehehe. 

Semua pelajar saya baik-baik, semoga mereka menjadi pelajar yang soleh, pelajar yang cemerlang, pelajar yang taat kepada ibubapa. :)

Friday, August 31, 2012

Ambang Kemerdekaan @SMK Taman Keramat

Assalamualaikum kepada sahabat2 blogger, semoga kalian sihat2 selalu dan dalam lindungan Allah s.w.t :). Tanggal 31 Ogos adalah hari keramat atau hari kebebasan bagi rakyat Malaysia kerana telah bebas dari penjajah dan bendera Malaysia berkibar dengan megahnya. Kejayaan - kejayaan yang telah dicapai oleh rakyat Malaysia antaranya berjaya membina terowong SMART yang mengambil masa 4 tahun setengah bagi menyiapkan terowong tersebut. Terowog tersebut adalah 2 in 1, boleh dijadikan jalanraya dan menampung air bila berlakunya hujan bagi mengelakkan berlakunya banjir di bandaraya. Okaylah ini serba sedikit tentang terowong SMART :). Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah kalian search SMART Tunnel :).

Di sekolah tempat saya praktikal telah mengadakan program ambang kemerdekaan. Sekolah telah menjemput pegawai-pegawai daripada SMART Tunnel untuk menyampaikan ceramah tentang terowong tersebut. Baru saya tau kisah SMART Tunnel ini (malas nak membaca, bila ada ceramah seperti ini ambil peluang untuk mendengar :D). Sangat menarik, tertarik, teruja dan kagum :). Selepas ceramah tersebut selesai, pegawai tersebut memberi soalan2 kuiz kepada pelajar-pelajar dan guru. Soalan2 berkaitan SMART Tunnel dan kemerdekaan. Bagi yang dapat menjawab akan mendapat hadiah. Hadiah untuk guru-guru agak istimewa iaitu kad percuma Touch n Go :)



 menang dapat hadiah :)

Semangat para pelajar dan guru semakin tinggi, betul atau salah tetap cuba untuk menjawab. Pihak SMART Tunnel menyediakan 30 hadiah, 10 untuk guru dan 20 untuk pelajar. Alhamdulillah kami dapat menjawab dengan baik. selesai pegawai tersebut membri kuiz kepada kami, kini tiba giliran guru sekolah memberi soalan kepada pegawai-pegawai tersebut berkaitan tentang sekolah SMK Taman Keramat, sporting semua pegawai yang hadir. Alhamdulillah mengeratkan lagi silaturrahim :). selesai soalan untuk pegawai2, guru membuat kuiz tentang kemerdekaan kepada para pelajar, siapa yang dapat jawab akan mendapat duit raya. Seronok sungguh pelajar - pelajar SMK Taman Keramat ini :).


Para VIP melepaskan burung merpati

Selesai sudah semua kuiz, tiba pula pelancaran hari kemerdekaan, simbolik burung merpati dilepaskan tanda kebebasan. Selepas itu, kami sama-sama menyanyikan lagu 31 Ogos (hehe betul kot ini tajuknya :)). Selepas itu, kami beramai-ramai mengambil gambar.

Alhamdulillah sangat seronok dan happening, semuanya sangat sporting. terima kasih kepada guru-guru yang terlibat, pengawas-pengawas sekolah yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ambang kemerdekaan ini :).



Selamat Menyambut hari Merdeka!!!! :)

Setiap yang terjadi ini adalah dengan keizinan Allah s.w.t, bersyukur kerana negara Malaysia aman damai, dihujani dengan rezeki yang melimpah, diberikan nikmat yang tenang. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan RahmatNya :). Selamat Hari Merdeka :) 

Sunday, July 8, 2012


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi :), dihari yang mulia ini dan cuaca yang mendung ini membuatkan hati ni ingin meng'update' blog yang dah lama tak update :). Banyak sangat cerita yang ingin diceritakan tapi amik yang paling penting daripada perkara yang terpenting..hehe :). Kisah yang pertama adalah "sekolahku pelajarku". Pertama kali mengajar disekolah selepas menjadi pelajar, camne tu?hehe. sekarang ni saya sedang praktikal di SMK Taman Keramat. 3 kelas saya mengajar iaitu semuanya tingkatan 4, ok berhenti cerita tentang sekolah hehe. Ini sebagai mukaddimah je :).

Mari kita mulakan, menjadi guru bukanlah mudah, ramai yang mengatakan, " okaylah jadi guru gaji banyak, okaylah jadi guru kerja dah kira tetap, okaylah jadi guru, pelajar cuti kita pun cuti, okaylah jadi guru kje pn separu hari, pagi masuk kul 1 atau 2 dah balik". Ya, itu secara luarannya yang tak dapat dinafikan. Tapi bila tanya guru sendiri, "jadi guru ni hati kena ikhlas kerana apa yang kita akan sampaikan mestilah sampai kepada anak murid, jadi guru banyak benda kena fikir, bila pelajar masuk je sekolah dah jadi tanggungjawab guru untuk membimbing pelajar-pelajar". MasyaAllah sungguh mulia tugas guru sebenarnya: 
  1. Apabila kita menyampaikan ilmu yang kita ada kepada pelajar, InsyaAllah ilmu kita itu kekal sampai bila-bila.
  2. Apabila kita menjadi guru, pelajar-pelajar akan mendoakan kita.
  3. Pelajar akan ingat pada kita walaupun mereka telah habis sekolah.
  4. Walaupun kita garang macam mana pun pelajar tetap akan ingatkan dengan ilmu yang kita berikan pada mereka.( tapi kadang-kadang pelajar akan ingat sebab guru mereka rotan mereka tapi mereka akan ucap terima kasih sebab "kalau cikgu tak rotan saya tak ingatkan saya mungkin saya tak akan jadi seperti sekarang ".
Wahai para pendidik, betulkan niat anda apabila menjadi guru..Apabila terpesong tarik lah cepat-cepat supaya ia tidak hanyut ke tempat yang lebih dalam. Allahumma yassir wala tu'assir rabbi tammim bilkhair.


Okaylah, ni sekolah saya SMK Taman Keramat.. Ya Allah, Engkau terangkanlah hati pelajar-pelajarku dalam menerima pelajar Pendidikan Islam, semoga apa yang mereka pelajari bukanlah semata-mata untuk peperiksaan sahaja tetapi bekalan untuk akhirat dan apabila mereka telah tamat sekolah.



Adik-adik tingkatan 4B,4D dan 4F, semoga kalian dilindungi oleh Allah s.w.t walau dimana sahaja kalian berada.

Wednesday, June 6, 2012

Pulau Pangkor bersama family (^_^)

Assalamualaikum semua, diharapkan semuanya dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah :). Pada 1-4/6/12, saya bersama keluarga telah pergi ke Perak untuk menghantar adik di UITM Seri Iskandar. Selepas menghantarnya, Kami pergi ke Pulau Pangkor bersama 2 keluarga yang  lain..hehe. Seronoknya tidak terkata..hehe sebab impian nak pergi ke pulau akhirnya tercapai. Sampai di Pulau Pangkor, kami dihantar oleh pemandu pelancong ke Teluk Nipah. Dari Teluk Nipah, kami menaiki bot ke Coral Island untuk makan dan bermandi-manda. Coral Island sebuah pulau yang kecil sahaja 3-5minit sahaja perjalanan dari Teluk Nipah. Kami pulang semula ke Lumut pada jam 5.30 petang. Sangat menyeronokkan tapi tak sempat nak membeli-belah. InsyaAllah ada rezeki lagi kami akan ke sana lagi :). Dalam mahabbah kami, dapat mengeratkan lagi kasih-sayang antara kami sekeluarga :).Bak kata pepatah melayu "Air yang dicincang tak akan putus".

SELAMAT PAGI


Bismillahirrahmanirrahim.. :) Selamat pagi semua!!! hehe..dah lama tak update blog, bukannya malas tapi masa untuk bersama blog agak terhad :). Dalam nak post entri baru, tiba-tiba bahagian dashboard berubah wajah..huhu nampak sangat dah lama tak update..hehe. Selepas ni, akan diusahakan untuk update dengan lebih kerap :). Semoga pagi yang ceria ini menambahkan lagi ketenangan dan senyuman dalam diri anda. Take care (^_^). 

Monday, March 26, 2012

Standby ^_^

Assalamualaikum bertemu kembali..hehe. 2nd post saya nak cerita tentang standby..hehe, tau tak apa makna standby? cuba kamu semua buka kamus dewan..hehe. Dah tau sekarang? okay jom kita kaji dalam sikit apa yang dikatakan standby..he2 okay la camni, pada 24/3/12 saya bersama sahabat2 saya ikut trainer kami tuk standby paramedik tuk hari sukan sekolah IIS di Male Sport IIUM. Kami sebagai pembantu kepada K.Sha dan Pjol..hehe. Pengalaman pertama kami selepas kami menghabiskan skill kokurikulum iaitu First Aid. Bila dapat join standby ni seronok sangat, sekurang-kurangnya tak lah kami lupa apa yang kami belajar sebelum ni. Program bermula 8pagi dengan perarakan ahli2 rumah sukan diikuti dengan ucapan dari mereka yang berkenaan. Lepas itu, acara larian dimulakan..kami mula bersedia sebab kami fikir ramai akan 'jatuh' nanti, sebab apa kami cakap macam tu? sebab yang pertama mereka tak sarapan, yang kedua sebab mereka tak buat warming up, yang ketiga...cukupla sampai dua..hehe. Macam2 kerenah kami kena layan tapi tu semua pengalaman kami sekurang2nya kami tau jugak pelbagai kerenah manusia, K.Sha dah expert dalam standby paramedik dia relax je..hehe. Gud luck K.Sha!!! Kami harap ada standby lagi :)

lovely aunt's wedding

Salam ukhwah fillah :). Semoga kalian sihat2 selalu di samping insan2 yang tersayang :). Dah lama tak update post, rasa rindu yang teramat, ingin menceritakan hari2 yang ceria yang telah saya lalui sebelum2 ni :). Di petang Isnin ni, saya nak mengkhabarkan tentang perkahwinan mak sedara @Suda (nickname). Sekian lama menunggu untuk diijab kabulkan akhirnya termeterai sudah pada 11/3/2012 dan resepsinya pada keesokan hari :).


Dengan penuh kesyukuran, kebahagiaan dan kasih-sayang, majlis ini berjalan dengan lancar. Ini adalah majlis yang terakhir dalam keluarga, jangan salah faham ni adalah adik bongsu mak saya..hehe. Lepas ni giliran keluarga kami pulak..hehe. Okay la sampai sini sahaja, semoga Suda & Ayah Su berbahagia dan kekal hingga akhir hayat, mendapat zuriat yang soleh dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t

Thursday, January 26, 2012

Santapan Di Waktu Petang

Assalamualaikum pembaca sekalian!! :). Semoga hari yang indah dan cuaca yang panas (ditempat saya la) membuatkan anda ceria2 selalu :). Hari yang indah ini ingin saya memberi santapan yang teristimewa iaitu sebuah lagu yang dipetik dari filem Ombak Rindu tapi telah diubah liriknya menjadi lebih sopan santun dan menginsafi diri :). Mendengar lagu adalah salah satu terapi diri selain berzikir, membaca al-Quran atau melihat keindahan ciptaan Allah :). TETAPI biarlah kita mendengar sesuatu lagu mempunyai motif, tujuan dan matlamat (bunyi cam sama je ayat tu..iya2 saya mengaku tp ada lain sikit..hehehe) supaya kita tidak lalai dengan yang Maha Kuasa, Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Pengampun :).
Okaylah sampai disini dulu..Selamat menikmati santapan yang telah saya hidangkan kepada anda :). Wassalam (^_^).

Monday, January 16, 2012

Update pertama kali 2012 (^_^)

SELAMAT TAHUN BARU
Salam ukhwatillah !!semoga kalian sentiasa dilindungi Allah :). Rasanya tak terlambat lagi tuk saya mengucapkan selamat tahun baru kan??? :). baru bulan Januari kan????hehehe.. Semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun sebelum2nya, yang membuat kita lebih ke hadapan dari sebelum2nya :). Yang penting setiap apa yang kita lakukan niat kerana Allah, betul tak?? jawapannya betul lah :). Jom baca cerita yang berlaku tahun ni :

PERKAHWINAN

Awal bulan satu ni hari yang bersejarah bagi keluarga kami, nak tau apa?hehehe, salah seorang daripada ahli keluarga kami telah melangsungkan perkahwinan :). Yea!!! kakak saya :)..hehe. Dialah satu-satunya kakak saya, faham tak di situ yang ingin saya maksudkan di situ??fikir2 kan :). Okaylah, hari yang bersejarah itu jatuh pada 24/01/2012, hari penuh bermakna bagi dua mempelai, sama cantik sama padan :). Perkenalan mereka bermula dari laman muka buku, naka dengar lagu tu, suh Najwa Latif yang nyanyi hehehe. Semoga kakak & abang long berbahagia hingga akhir hayat, memperoleh zuriat yang soleh & solehah :). Di bawah gambar keluarga saya, satu gambar dah cukup dah :).


PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN

Untuk semester 1 2011/2012 telah tamat dengan berakhirnya peperiksaan pada 14/1/2012 Alhamdulillah, hanya menunggu debaran keputusan peperiksaan pada 31/1/2012 :/ takut.. tak mau takut2 bukan ini yang ingin saya ceritakan :). Kita fokus pada tajuk asal ye, pertemuan pasti ada perpisahan, Ya!!!tu yang berlaku pada saya, sahabat2 yang sama2 masuk tapi keluar berasingan..hehehe. mesti tak faham kan?? tak pe la hanya kami yang memahami :). Sahabat2 yang saya maksudkan itu adalah Aini, Muna & Biela..kami sama2 mengharungi sesi pembelajaran bersama2 bermula dengan kelas bahasa sehingga kelas kuliyyah..5 taun kami bersama, bilik yang sama, jalan-jalan bersama, sambut besday bersama2, bercerita bersama2, pergi kelas bersama2, makan bersama2 dan sumenya bersama2 cuma balik kampung masing2 :). Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan, yang menyedihkan mereka sume dah habis, saya je yang tak abis lagi, ada 2 semester lagi :(, semester depan dah tak da teman sebilik, teman tuk makan, teman tuk pergi kelas, teman tuk jalan2 :(. Tapi saya percaya walaupun kami berpisah kerana haluan masing2, ukhwah kita tetap terjalin sampai bila2..amiin!!! Semua kenangan akan saya sematkan di hati :). C'Una saya akan ingat kenangan kita bersama selama 2 semester kita duduk bersama!!! banyak kenangan gelak ketawa, luahan perasaan bersama!! selamat menepuh alam selepas tamat belajar!!!selamat berpraktikal!!!semoga menjadi guru yang cemerlang!!!

Tuesday, August 2, 2011

Rehlah di Bagan Lalang bersama Adik2 Tuisyen Rakyat :)

Salam Ramadhan kareem kepada sahabat2 blogger saya, semoga Ramadhan kali ini memberi Rahmat dan Hidayah dari Allah kepada kita semua. Di malam yang mulia ini, ingin saya menunaikan janji saya kepada anda untuk menceritakan aktiviti saya di Bagan lalang bersama adik2 Tuisyen Rakyat Dun Bangi bersama orang2 kuat di sebalik tabir program ini. Saya dijemput untuk menjadi fasilitator untuk program ini. Alhamdulillah saya dapat menunaikannya :).


Peserta yang terlibat adalah pelajar tingkatan 5 dari pelbagai sekolah, seramai 80 0rang peserta, dalam banyak2 program yang saya sertai, program ini mendapat sambutan yang baik daripada pelajar lelaki, mungkin disebabkan faktor tempat kerana program kami di tepi pantai :). Program ini dirasmikan oleh ADUN Bangi YB Dr. Syafie.


Antara Aktiviti yang dilakukan selama satu hari adalah dimulakan dengan Solat Dhuha. Solat Dhuha dilakukan di tepi pantai yang di imamkan oleh suami kak Kinah, melakukan LDK ( haluan peserta selepas tamat tingkatan 5) dan yang terakhir melihat cara peserta berkomunikasi dengan masyarakat ( peserta perlu berjumpa dengan masyarakat sekitar pantai dan di bimbing oleh fasilitator mengikut kumpulan).


Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar, peserta pulang pada jam 3 petang dengan menaiki bas. Program yang sangat seronok, semoga peserta2 dapat mengambil apa yang mereka pelajari sepanjang mereke mengikuti aktiviti di pantai mahupun di tempat Tuisyen Rakyat tersebut. Wassalam.. (^_^)

Wednesday, July 20, 2011

Di Hari Bahagia Sahabatku :)

Salam ukhwah :). Erm..apa ya yang nak diceritakan (menyusun kata2..hehe). Malam ni, ingin saya coretkan serba sedikit tentang sahabat saya yang saya sayangi, persahabatan yang mula bertaut ketika berumur enam tahun sehingga sekarang Alhamdulillah, ibarat satu keluarga :). Pada tanggal 2 Julai 2011 adalah hari bahagia buat sahabat saya yang diberi nama oleh ayah dan emaknya Siti Aishah :). Kami pernah berangan2 ingin naik pelamin bersama - sama tetapi Allah lebih mengetahui setiap aturan yang dilakukan oleh-Nya kepada manusia, jodohnya datang lebih awal Alhamdulillah.


Mereka dengan Basikal Tua (^_^)


Perjalanan mereka untuk sampai ke tahap ini banyak likunya, setiap yang dilakukan diperhatikan oleh insan yang bergelar ayah bagi memastikan anak perempuannya memiliki suami yang bertanggungjawab kepada agama, keluarga dan masyarakat. Pelbagai ujian yang perlu dilakukan oleh sang teruna bagi memenangi hati dua orang mentuanya :). Alhamdulillah, akhirnya dapat mencuit hati mentuanya :).



Selepas Akad Nikah (^_^)


Sang teruna itu bernama Afiq. Pada tanggal tersebut, dengan sekali lafaz telah sah menjadi suami kepada Siti Aishah dengan disaksikan oleh 4 orang saksi. Alhamdulillah :). Semoga Afiq & Aishah dapat menjalani kehidupan rumahtangga dengan bahagia dan mendapat keberkatan dari Allah. (~_^).


Okayla sampai di sini dulu, next post saya akan menceritakan program saya di Bagan Lalang, Selangor :). Assalamualaikum.

Monday, July 18, 2011

Lawatan Ke Gontor

Salam semua!dah lama tak menulis..rindu rasanya..hehe. Alhamdulillah hari ni dapat saya mencoretkan sedikit aktiviti - aktiviti yang telah saya sertai. okay la, coretan pertama saya adalah lawatan saya ke Gontor, Ponorogo dan Mantingan di Indonesia. Saya bersama sahabat - sahabat serta pensyarah iringan seramai 3 orang telah terbang ke Indonesia pada 18/6/2011 jam 10.30 pagi. Kami mendarat di Lapangan Terbang Solo pada jam 12 tengahari pada hari yang sama. Kami disambut oleh ustaz - ustaz dari Gontor 1, Ponorogo. Perjalanan kami dari lapangan terbang ke Ponorogo mengambil masa 5 jam perjalanan. Tibanya kami di Wisma Darussalam (tempat penginapan) pada jam 10 malam. Kagumnya saya bila tibanya di sana, kagum dengan suasana sekolah. Suasana di Ponorogo seperti suasana kampung di Malaysia. Memang seronok, udara yang segar..malam udara yang sejuk, siang walaupun panas tapi angin yang sejuk. Kami di sana selama 10 hari iaitu 7 hari di Gontor lelaki 1 dan 3 hari di Gontor perempuan 1. Okaylah cukup untuk coretan persekitaran di Gontor.





Universiti Darussalam




Gontor Perempuan 1


Sekarang kita masuk dalam sekolah pulak iaitu Pondok Modern Darussalam. Saya kagum dengan sistem pendidikan di sana. Sistem pendidikan di sana menitik beratkan tentang penguasaan bahasa, agama dan kejujuran dan keikhlasan pelajar di sana. Bahasa yang mereka tekankan adalah Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris tetapi untuk perbualan harian, mereka lebih menekankan bahasa Arab. Sesiapa yang bercakap bahasa lain selain bahasa arab dan bahasa Inggeris akan di denda. Selain itu juga, pelajar yang masuk di sana adalah pelajar yang sama taraf tiada keistimewaan yang mereka dapat walaupun mereka daripada keluarga yang berpangkat tinggi. Semua kerja dilakukan oleh pelajar sendiri daripada mengutip sampah sampailah menjadi guru kepada pelajar- pelajar di pondok tersebut.





Ust -ust yang menjemput kami di lapangan terbang Solo


Selain itu juga, pondok tersebut telah mendirikan universiti mereka sendiri iaitu Universiti Darussalam. Universiti tersebut juga mengasingkan lelaki dan perempuan. pelajar universiti tersebut adalah pelajar - pelajar dari ponok modern itu sendiri kerana mereka mempunyai penilaian sendiri dalam membuat tesis dan aktiviti di luar kampus. Mengikut kata - kata daripada pihak universiti itu sendiri mereka pernah mengambil pelajar dari luar tetapi tahap penguasaan mereka dalam bahasa menyebabkan mereka tidak dapat mengikut tahap penilaian pihak universiti tersebut. Oleh itu, mereka mengambil pelajar daripada pondok itu sendiri.


Jarak antara Gontor lelaki dan perempuan mengambil masa 2 1/2 jam. Gontor perempuan 1 dan universiti Darussalam (P) berkongsi tempat, berbeza dengan Gontor lelaki 1. Gontor lelaki 1 ialah pondok utama.


Di sana juga mereka mempunyai aktiviti kokurikulum. Badan beruniform mereka adalah Pengakap. Aktiviti koko mereka antaranya gimnastik, bola keranjang, bola sepak, muzik dan sebagainya.


Okayla, sampai sini dulu ye..ops! sebelum tu terima kasih kepada ust. Eko, ust. Imam, Ust. Nabhan, ust. Ihsan dan sahabat - sahabat mereka yang banyak membantu dan menerangkan kepada kami sepanjang kami di sana :).

Friday, May 20, 2011

Teacher's Day at SMKJ 3, Bandar Baru Bangi

Pengetua SMKJ 3, Tuan Hj Surimin bin Giman


Guru Bahasa Arab merangkap Ketua Disiplin, Ustzh Raihan :)


Guru Matematik, Cikgu Wasilah :)

Antara persembahan pelajar dari tingkatan 5

Perarakan guru mengikut bidang masing-masing :)


Persembahan zapin daripada pelajar pengangkap Diraja


Guru Biologi (berbaju hijau), cikgu Fuziah :)


Assalamualaikum kepada sahabat2 sekalian :). semoga anda sihat2 selalu :). dah lama tak menulis, erm, kali ini saya ingin mencoret sedikit tentang hari guru di SMKJ3. Tanggal 16 Mei 2011, hari keramat bagi guru- guru yang telah mengajar dirai oleh pelajar2 mereka. Sambutan pada hari itu sangat menarik dan meriah. Dimulakan dengan nyanyian, ikrar dan ucapan dari KPM yang diwakilkan oleh guru serta ucapan daripada pengetua.


Selepas itu, diserikan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar dan guru- guru. Antara persembahan yang dilakukan adalah lakonan, nyanyian, bersajak dan zapin. Tidak ketinggalan juga adalah anugerah untuk guru yang di anjurkan oleh badan pengawas. Selepas habis acara di dewan, semua guru bergerak ke tempat acara bagi guru2 yang menyertainya. Antara acara yang diadakan adalah baling selipar, baling belon air, anyam ketupat, kelim karipap, tibar roti canai, membuat hiasan buah-buahan dan buat teh tarik.


Hari guru yang sangat menarik :), dulu masuk sebagai pelajar, sekarang masuk sebagai guru.


HAPPY TEACHER'S DAY!!!