MUTIARA KATA

Monday, November 29, 2010

Sahabat2 Di Hari Bahagia Mereka ~ 2

Salam ceria kepada sahabat2 sekalian :) semoga kalian semua sihat2 selalu dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t :). Untuk kali yang ke-2 untuk tajuk post yg sama sebelum ni sy hanya nak post kan gambar sahabat saya di hari bahagian mereka :). Mereka adalah sahabat saya ketika sekolah rendah :) sama padan sama cantik. Semoga kalian bahagia sehingga ke akhir hayat dan mendapat anak yang soleh :).
Mukhlis & Ain

Bersama Penganti, Sahabat2 dan Muallimah


Bersama Sahabat Karib :)

Thursday, November 25, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Salam..
Semoga anda sihat2 selalu dan dibawah lindungan Allah s.w.t :). Hari ini saya ingin menulis tentang silaturrahim dan persahabatan antara satu sama lain :). Saya tertarik dengan penulis sahabat blogger saya tentang "Perbezaan Itu Menyatukan Kita". Ingin saya ceritakan tentang persahabatan.
Dalam kita bersahabat pasti ada berlaku perselisihan faham walaupun perkara itu kecil,
Kadang2 kita perlu berbahas untuk mencari persefahaman antara kita,
Kadang2 kita perlu berahsia apa yang patut kita rahsiakan pada sahabat kita,
Kadang2 kita merasa apa yang dia rasakan walaupun jarak memisahkan kita,
Kadang2 kita ingin bersendirian tanpa sahabat2 di sisi,
TAPI
Persahabatan yang telah terjalin sekian lama tetap teguh diingatan,
Walaupun bersendirian itu hanya untuk sementara waktu,
Moga persahabatan kita akan kekal selama-lamanya,
UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA :)
Rasulullah saw bersabda:

"Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain, dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam, atau menghilangkan kesusahan daripadanya, atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia, atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya, nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." [Riwayat Ibnu Abi Dunya]

Petikan Dari Nasihat Al-Qomah Kepada Puteranya:

Berpesan Al Qomah kepadanya,

"Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:

1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.


3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.

4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.

5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.

6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.


7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.

8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.

9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.

10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.
Kadang2 tak dapat saya tafsirkan apa ertinya sahabat, kawan dan teman?Adakah ketiga2nya sama? Bagi saya SAHABAT itu dalam maknanya. SAHABAT - yang sentiasa mengingatkan kita tentang yang MAHA KUASA, SAHABAT - ketika susah dan senang, SAHABAT - yang sedia mendengar dan menolong, SAHABAT - yang dapat memberi nasihat, SAHABAT - yang mampu berkongsi suka dan duka, SAHABAT - yang boleh berkongsi sihat dan sakitnya, SAHABAT... ini yang ingin kucari dan kuserapkan dalam diri.
Moga Allah merahmati dan memberkati persahabatan saya bersama sahabat2 yang saya sayangi.

Monday, November 22, 2010

Sahabat2 Di HAri Bahagia Mereka :)

Assalamualaikum blogger2 sekalian :) Semoga sihat2 selalu dan apa yang kita lakukan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t :). Post kali ini, saya hanya nak letakkan gambar2 perkahwinan sahabat2 saya yang berlangsung pada 20.11.2010 :).


Nada & Tariq



Najwa & Nidzam



Uya & Tawfiq
Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke akhir hayat dan mendapat keberkatan daripada Allah :). BARAKALLAHULAKUMA WA BARAKAH 'ALAIKUMA FIL KHAIR :)

Monday, November 15, 2010

Alhamdulillah..lega :)

Alhamdulillah..dah abis dah exam :). lega sangat, rasanye sem ni paling banyak exam start first aid yang mula tengah bulan Oktober pastu hafazan pastu final exam yang sebenar :). Sekarang, boleh cuti dah :). Emm...lepas raya ada 4 kenduri sahabat2 yang kawin. 20hb kena susun betul2 time..hehe. 3 kenduri tarikh yang sama..he. paling jauh Bukit Mahkota lagi 2orang area Bangi je :). then 27hb area Bangi jugak :). Semua dah besar dah..hehe. Next post akan saya postkan gambar sahabat2 dihari bahagia mereka :) (harap dapat amik gambar dengan diorang, kasi dapat aura..hehe).


Okeyla sampai sini dulu..lain kali sambung lagi :). nak menikmati sate jap, dah terluir ni..hehe. Ops!!sebelum terlupa selamat hari raya semua!!!.. Raya Haji raya kat Bangi je, jemput datang rumah..hehe. Assalamualaikum :).