MUTIARA KATA

Thursday, October 28, 2010

لبيك اللهم لبيك

Tanggal 23/10/2010 bermula perjalanan pakcikku ke Tanah Suci untuk menunaikan haji bersama isterinya dan para jemaah yang lain.. semoga mendapat haji yang mabruk :) insyaAllah. Kami sekeluarga menghantar pakcikku ke Kelana Jaya selepas mengambilnya di KLIA dari Kelantan... seronok sangat bila dapat menghantar orang yang nk g haji. (bila dah besar ni kali pertama dapat pergi Kelana Jaya hantar org pergi haji :)).

Kami sampai di sana agak lewat tapi mereka sempat makan makanan yg dibawa sebelum masuk ke dalam :). Bila terdengar laungan "Labbaikallahumma Labaik" menandakan para jemaah diminta masuk, hatiku tersentuh.. lama untuk mereka meninggalkan kita bagi menunaikan rukun Islam yang kelima. Kami sekeluarga mendoakan pakcik&makcikku selamat pulang, dapat menunaikan haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur.
Selepas menghantar pakcik&makcikku, kami bergerak ke Kuala Lipis untuk menghadiri majlis doa selamat makcikku untuk pergi haji pada Ahad ni 31/10/2010. Semoga kalian selamat pergi dan pulang :)

2 comments:

Radzi said...
This comment has been removed by the author.
Radzi said...

semoga pak cik anda mendapat haji yang mabrur... amiin