MUTIARA KATA

Sunday, August 8, 2010

Remaja: Kerana Dirimu Begitu Berharga...

Assalamualaikum :). semoga anda ceria2 slalu (^_^). Program "Remaja: Kerana Dirimu Begitu Berharga.." yang dianjurkan oleh SMK Jalan Bukit Kajang & Penggerak Belia Tempatan MPP Zon22 bertempat di SMK Jalan Bukit Kajang. Program yang sangat menarik ini dihadiri oleh pelajar perempuan ting.4&5 selama 2hari 1malam. Antara pengisian selama 2hari ini ialah Kenali Diri, Seindah Mawar Berduri dan Sayangi Diri. Aktiviti yang sempoi dan relaks :). Menariknya program ini, kami telah melakukan Qiamullail di luar surau, udara yang segar dan dingin..menikmati ciptaan Allah s.w.t. 8 orang fasilitator yang terlibat serta k.farah dari IU SMART Consultant selaku penceramah dalam program ini.
Program ini telah menyentuh perasaan saya tapi bukan bermaksud terguris. Adik2 yang telah menyertai program ini adalah insan yang terpilih yang telah dipilih oleh Allah. Mereka diberi motivasi,kesedaran, semangat dan keyakinan terutama bagi pelajar ting. 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM tahun ini :). Antara slot yang menyentuh perasaan ialah Sayangi Diri, mereka diminta untuk meluahkan perasaan di atas kertas. Luahan yang mereka pendam selama ini yang xpernah orang lain ketahui. Alhamdulillah mereka telah meluahkan dan melepaskannye sepenuh hati.okaylah sampai sini dulu..ni antara fasi dan ajk yang terlibat :).terima kasih semua!!nik, k.ida, k.kinah, intan, lina, ustazah, k.farah and the gang, nada, k.long, k.dian, k.muni, k.ayu.
Untuk adik2 akak jadilah mawar yang berduri, realisasikan matlamat yang telah adik2 sematkan.
Maju ke hadapan, yang dulu dijadikan iktibar dan semangat untuk maju ke hadapan!! GOOD LUCK in your SPM - Ain,Zaty, Izzah, Nazwal dan Anisa (^_^).

0 comments: